MyFeed Personalized Content
Prakehamilan
Program pemakanan
Add this post to favorites

Pemakanan semasa kehamilan penting untuk perkembangan kandungan.

Membuat pilihan makanan yang bijak semasa hamil boleh mempengaruhi kesihatan Si Manja pada masa depan.

5 minit hingga baca Oct 28, 2021

Sebagai bakal ibu, tubuh anda melakukan tugas yang paling menakjubkan di dunia – mewujudkan kehidupan baru. Kandungan yang semakin membesar bergantung sepenuhnya kepada anda untuk perkembangannya Sebab itulah pemakanan anda selama sembilan bulan ini adalah sangat penting. Malah, kajian menunjukkan bahawa gen yang anda sampaikan kepada Si Manja di dalam kandungan anda hanyalah sebahagian daripadanya – pilihan pemakanan yang anda buat sekarang boleh mempengaruhi berat kelahiran anak anda, serta kesihatan mereka yang akan datang.

Mengapa diet anda penting?

Ahli sains terkemuka bersetuju bahawa pemakanan dan persekitaran dari seawal kehamilan dan tumbesaran di zaman kanak-kanaknya mempunyai kesan penting terhadap kesihatan pada masa depan. "Secara efektifnya, kita memprogramkan risiko masa depan anak-anak kita terhadap keadaan kronik, seperti obesiti, diabetes dan penyakit kardiovaskular," jelas Dr. Sanjeev Ganguly, Pakar Pediatrik dan Ketua Hal Ehwal Perubatan di Nestlé Nutrition. " Pemakanan yang baik semasa hamil mampu menyihatkan tubuh badan supaya anda boleh membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh kandungan anda untuk membesar dan berkembang dengan sihat."

Walaupun memenuhi semua keperluan pemakanan Si Manja anda mungkin berbunyi seperti satu tanggungjawab yang besar, berita baiknya adalah ia tidaklah serumit mana yang disangka. Ada sesetengah wanita hamil mungkin mendapati cadangan pemakanan ini agak mencabar, manakala dan kebanyakan yang lain hanya perlu membuat beberapa perubahan kecil kepada diet biasa mereka.

Makan makanan yang kaya dengan nutrien

Apabila anda hamil, keperluan pemakanan anda akan berubah kerana anda perlu membekalkan khasiat kepada kandungan yang semakin membesar, dan juga diri anda sendiri. "Anda memerlukan kira-kira 50% lebih banyak nutrien penting untuk mewujudkan persekitaran yang paling baik untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan Si Manja anda," jelas Dr. Ganguly. "Beberapa nutrien utama, seperti asid folik, zink, vitamin A dan B12 membantu menyokong sistem saraf anak anda yang sedang berkembang."

Pemakanan yang seimbang akan membantu tubuh anda mewujudkan persekitaran yang sihat untuk Si Manja anda. Pentingnya, ia juga boleh membekalkan kandungan anda dengan segala keperluan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Nutrien yang betul akan membantu menyokong sistem imun, organ, tulang, mata dan banyak lagi.

“Setiap makanan kaya-nutrien yang anda makan, akan turut memberi makan kepada anak anda yang semakin membesar serta meletakkan asas untuk masa depan mereka yang lebih sihat," kata Dr. Ganguly. Perubahan kecil boleh membawa kepada perbezaan besar. Sebagai contoh, sarapan telur dan bijirin yang diperkuatkan menyediakan zink serta protein. Zink adalah mineral yang membantu membina sistem imun yang sihat dan protein adalah blok pembina untuk pelbagai keperluan, dari enzim hingga antibodi. Segelas susu atau hidangan yogurt akan membekalkan anda kalsium, yang disertai dengan vitamin D, adalah asas untuk tulang dan gigi yang sihat. Sepotong atau dua roti bakar bijirin penuh membekalkan serat dan karbohidrat, sumber utama untuk anda dan cahaya mata anda. Makanan seperti daging atau keju akan meningkatkan lagi pengambilan protein anda.

Kawal berat badan anda

Bertentangan dengan pepatah lama bahawa "anda makan untuk dua orang", anda tidak perlu mengambil kalori tambahan semasa trimester pertama anda. Jika berat badan anda sihat pada peringkat permulaan, anda hanya memerlukan sekitar 340 kalori tambahan setiap hari semasa trimester kedua dan 450 kalori semasa trimester ketiga anda - kira-kira bersamaan dengan sandwic ditambah setengah cawan susu dan sebiji epal. "Disertai dengan diet yang kaya dengan nutrien, berat badan yang sesuai semasa kehamilan anda mungkin salah satu isu yang paling penting berkaitan pemakanan yang boleh anda tangani untuk meningkatkan kesihatan cahaya mata anda semasa lahir, dan seterusnya dalam kehidupan mereka," jelas Dr. Ganguly.

Oleh itu, periksa berat badan anda untuk mengetahui samada ia dalam julat yang sihat dan perhatikan pada skala semasa anda hamil. Indeks jisim tubuh (BMI) sering digunakan oleh profesional penjagaan kesihatan kerana ia mengambil kira ketinggian serta berat badan anda. Kira BMI anda, kemudian semak jadual di bawah untuk melihat pertambahan berat badan yang disyorkan. Mengguna pakai jumlah berat badan yang sesuai semasa anda hamil juga boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat kelahiran pra-matang (daripada penambahan berat badan terlalu sedikit) atau terlalu besar (daripada penambahan berat badan terlalu banyak).

They are what you eat

"Tabiat pemakanan yang anda amalkan sekarang boleh memberi kesan positif kepada kesihatan Si Manja anda sehingga mereka dewasa," tegas Dr. Ganguly. "Jadi, berhati-hati dengan pilihan makanan anda dan berikan Si Manja anda permulaan terbaik dalam kehidupan mereka."

5 cara mudah untuk memberi cahaya mata anda permulaan ke arah kehidupan yang lebih sihat:

  1. Pastikan anda sihat - kekal aktif setiap hari, uruskan berat badan anda, elakkan merokok dan mengambil alkohol dan makan diet yang seimbang.
  2. Pertimbangkan untuk mengambil suplemen - dapatkan nasihat profesional kesihatan anda tentang pengambilan multivitamin dan mineral sepanjang kehamilan anda.
  3. Jangan makan untuk dua orang - jika berat badan anda sihat pada peringkat permulaan, anda tidak memerlukan kalori tambahan dalam tempoh tiga bulan pertama anda dan hanya memerlukan 340-450 kalori tambahan setiap hari dalam tempoh enam bulan yang seterusnya.
  4. Jangan berlebihan - jumlah kafein yang tinggi boleh meningkatkan risiko keguguran, jadi hadkan pengambilan teh dan kopi.
  5. Makan diet yang kaya dengan nutrient - fikirkan daging merah, sayuran berdaun hijau dan kacang untuk zat besi yang boleh membantu perkembangan tulang belakang, otak dan sel darah merah kandungan anda; telur, daging, bijirin penuh dan bijirin penuh dengan zink untuk menyokong sistem imun serta susu dan produk tenusu untuk sumber kalsium yang menguatkan tulang.

Sumber

IOM (Institute of Medicine) and NRC (National Research Council). Weight Gain During Pregnancy: Reexamining the Guidelines. Washington, D.C.: The National Academies Press, 2009.

Institute of Medicine Food & Nutrition Board 2006. Dietary Reference Intake: The Essential Guide to Nutrient Requirements. In: Otten, J.J., Hellwig, J.P. & Meyers, L.D. (eds.). Washington, D.C.: National Academy of Sciences.

Koletzko B, Brands B, Poston L, Godfrey K, Demmelmair H. Early nutrition programming of long-term health. Proc Nutr Soc 2012; 71:371-8.

Langley-Evans S. Nutritional programming of disease: unravelling the mechanism. J Anat 2009; 215:36-51.

Ramakrishnan U, Grant F, Goldenberg T, Zongrone A, Martorelli R. Effect of women’s nutrition before and during early pregnancy on maternal and infant outcomes: A systematic review. Paediatr Perinat Epidemiol 2012; 26 (Suppl. 1):285–301.

Reynolds CM, Gray C, Li M et al. Early life nutrition and energy balance disorders in offspring in later life. Nutrients 2015; 7:8090-111.

Siega-Riz AM, Viswanathan M, Moos MK et al. A systematic review of outcomes of maternal weight gain according to the Institute of Medicine recommendations: birthweight, fetal growth, and postpartum weight retention. Am J Obstet Gynecol 2009; 201:339.e1-14. doi: 10.1016/j.ajog.2009.07.002.

Ventura A, Worobey J. Early influences on the development of food preferences. Curr Biol 2013; 23(9):R401-8.

www.eatright.org

www.womenshealth.gov

Last revised: August, 2016

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.