Feed icon
Artikel

Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Kanak-Kanak

Apabila busia 10 bulan, sistem pengadaman Si Manja telah mula berkembang untuk menerima pelbagai jenis makanan. Si Manja sudah boleh menikmatiti ketulan makanan yang lebih besar dengan tekstur yang lebih berat.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

Apabila busia 10 bulan, sistem pengadaman Si Manja telah mula berkembang untuk menerima pelbagai jenis makanan. Si Manja sudah boleh menikmatiti ketulan makanan yang lebih besar dengan tekstur yang lebih berat. Bagaimanapun, ada makanan yang perlu dielakkan apabila anda menyediakan sajian untuk Si Manja. Contohnya termasuk madu, gula, atau telur yang tidak dimasak sepenuhnya kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada Si Manja.

Pada waktu ini, personaliti Si Manja juga mungkin lebih terserlah, dan adakalanya menyebabkan mereka cuba mencapai makanan anda atau menolak makanan bayi mereka. Oleh sebab ada makanan yang berbahaya untuk Si Manja, elakkan daripada mengalah kepada ragamnya. Sebagai contoh, elakkan daripada memberikan madu kepada Si Manja kerana walaupun madu rasanya manis, ia mengandungi spora Clostridium yang boleh menyebabkan botulisma kepada Si Manja. Makanan ringan seperti gula-gula dan kerepek juga perlu dielakkan kerana ia hanyalah kalori kosong tanpa sebarang nutrisi; ia turut menjejaskan berat Si Manja. Makanan yang melekit dan sukar ditelan seperti mentega kacang juga patut dielak. Makanan yang keras dan ketulan besar seperti tulang daging dan ikan juga perlu dielak kerana ia boleh menyebabkan Si Manja tercekik.

Untuk memastikan perut Si Manja dapat menyerap lebih nutrisi, berikan Bijirin Bayi CERELAC® untuk 8 bulan yang diformulasi khas menggunakan teknologi CHE (Cereals Hydrolysed Enzymatically). Kaedah ini memastikan karbohidrat seperti beras atau gandum dipecahkan menjadi komponen lebih kecil agar lebih mudah dihadam.

Bijirin Bayi CERELAC® juga mengandungi probiotik BIFIDUS BL yang membantu meningkatkan mikroflora usus yang berfaedah di dalam sistem penghadaman Si Manja dan mengurangkan risiko cirit-birit.

Semasa Si Manja membesar, mereka akan cuba lebih banyak makanan bayi yang baru apabila mereka berusaha untuk merasai semuanya. Setiap detik dan pencapaian Si Manja pasti akan mengujakan anda dan pasangan anda. Ingatlah mengenai makanan yang perlu dielakkan untuk kanak-kanak, dan Si manja pasti akan membesar dengan sihat dan ceria. Kami mengharapkan agar perjalanan anda dan Si Manja menerokai dunia ini sentiasa dilimpahi kebaikan dan kegembiraan.

Untuk mencari gabungan sempurna rasa dan tekstur, anda boleh tambahkan cebisan kecil sayur atau daging yang telah dimasak ke dalam bijirin bayi Si Manja. Anda juga boleh menambah jus buah tanpa gula untuk sajian lebih lazat. Cubalah salah satu resipi tersedia di Sudut Resipi kami yang telah dicipta untuk memenuhi keperluan nutrisi anak anda.