MyFeed Personalized Content
Zaman Kanak-Kanak
Artikel

PLAYING: Child’s Immunity Boosting Foods

Add this post to favorites

Makanan Yang Meningkatkan Imuniti Kanak-kanak

Cubalah Makanan Berikut Untuk Meningkatkan Imuniti Badan Si Manja Sistem imun merupakan pertahanan baris pertama anak anda terhadap anasir-anasir yang berbahaya dalam badan.

2 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Cubalah Makanan Berikut Untuk Meningkatkan Imuniti Badan Si Manja
Sistem imun merupakan pertahanan baris pertama anak anda terhadap anasir-anasir yang berbahaya dalam badan. Untuk menggalakkan tumbesaran Si Manja yang sihat, sistem imun yang sihat memainkan peranan penting untuk Si Manja. Pada peringkat ini, pengambilan nutrisi yang betul akan memberi perlindungan kepada Si manja supaya dia membesar dengan sihat. Nutrisi adalah amat penting untuk sistem imun Si Manja memandangkan usus adalah organ imun yang terbesar dalam badan dan 80% dari sel-sel yang membina antibodi terletak dalam usus. Dengan pengambilan nutrisi yang betul, anda boleh menyokong usus yang sihat untuk Si Manja, dan seterusnya menggalakkan sistem imun yang kuat dan sihat.

Cubalah Probiotik
Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Mengapakah probiotik sangat penting?

  • Populasi sihat bakteria berfaedah seperti probiotik L. reuteri menjadikan usus lebih sihat dan melindunginya daripada jangkitan oleh bakteria berbahaya.
  •  Keseimbangan bakteria yang berfaedah boleh membantu menghasilkan antibodi yang akan merangsang, melatih dan menjadikan sistem imun lebih matang.


Sajikan Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah hidangan tambahan yang baik untuk Si Manja kerana ia kaya dengan nutrisi dan rasanya enak.

Mengapa sayur-sayuran dan buah-buahan penting?

  • Sayur-sayuran dan buah-buahan ialah sumber utama untuk fiber. Ia penting untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat
  • Ia mengandungi vitamin dan mineral penting yang membantu meningkatkan kesihatan Si Manja.


Ia memang penting untuk Si Manja memakan pelbagai jenis makanan untuk mendapatkan nutrisi yang berpatutan dari sumber-sumber makanan yang berbeza. Tiada satu makanan tunggal yang boleh memberi pelbagai rangkaian nutrien yang penting untuk badan yang sihat. Sebagai contoh, walaupun daging tanpa lemak mungkin bukan pilihan pertama makanan yang meningkatkan imuniti, ia sebenarnya kaya dengan protein yang penting untuk pembinaan dan pertumbuhan semula sel-sel badan.

Akhir sekali, kadang-kadang Si Manja boleh menghidap selesema. Ia tidak bermakna sistem imun Si Manja tidak kuat, atau dia tidak makan makanan yang sihat. Kadang-kadang, mungkin Si Manja perlukan sedikit rehat.

Jika anda ingin melengkapi pemakanan Si Manja dengan probiotik dalam susu formula yang diperkaya, anda boleh cuba LACTOGROW® PROBIO 3. Ia adalah susu tepung formula yang dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun, dengan kebaikan probiotik L. reuteri yang dapat mengurangkan risiko sembelit. Apabila perut yang selesa, Si Manja ceria!

 

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.