MyFeed Personalized Content
Zaman Kanak-Kanak
Program pemakanan
Add this post to favorites

Latihan Tandas untuk Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan

Sudah tiba masanya anak anda belajar untuk pergi ke tandas setelah sekurang-kurangnya setahun setengah anda menukar lampin mereka. Sudahkah anda sedia untuk latihan tandas yang menyeronokkan? Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda memulakan latihan tandas untuk anak anda.

3 minit hingga baca Feb 19, 2021

Sudah tiba masanya anak anda belajar untuk pergi ke tandas setelah sekurang-kurangnya setahun setengah anda menukar lampin mereka. Sudahkah anda sedia untuk latihan tandas yang menyeronokkan? Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda memulakan latihan tandas untuk anak anda.


1. Memahami Anak Anda

Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Anak anda mungkin tidak bersedia untuk latihan tandas pada masa yang sama seperti orang lain, dan ianya lebih baik untuk mengikuti rentak mereka. Dengan sekurang-kurangnya umur satu setengah, anak anda mungkin boleh memberitahu anda bila hendak membuang air. Berikut adalah beberapa tanda-tanda bahawa anak anda mungkin telah bersedia untuk latihan tandas:

  • Anak anda kekal kering selama dua jam atau lebih
  • Anak anda mampu berkomunikasi dengan anda apabila dia berasa ingin membuang air kecil atau besar
  • Anak anda boleh duduk di atas bekas tandas dan berdiri apabila selesai
  • Anak anda tahu bila dia perlu menukar lampin


Kebanyakan ibu bapa memulakan latihan tandas anak mereka pada usia dua tahun setengah. Namun, ingat bahawa setiap kanak-kanak bermula pada usia yang berbeza. Contohnya, kanak-kanak perempuan mungkin bersedia sedikit lebih awal daripada kanak-kanak lelaki. Anda tidak boleh memaksa anak anda untuk pergi ke tandas; ini mungkin hanya akan memberikan tekanan kepada anak anda.


2. Bersedia untuk mengajar

Berikut adalah bagaimana anda boleh memulakan latihan tandas untuk anak anda.

  1. Pertama, anda akan memerlukan peralatan yang betul. Tandas dewasa adalah terlalu besar untuk anak anda. Belilah bekas tandas kanak-kanak. Jika anak anda sudah cukup besar, biarkan dia yang memilihnya sendiri; dan hiasinya jika anak anda inginkan.
  2. Seterusnya, cuba buatkan dia bercakap. Ajar anak anda bagaimana untuk berkomunikasi apabila tiba masa untuk ke tandas.
  3. Kemudian, beritahu anak anda tentang kegunaan bekas tandas tersebut. Berikan contoh; anda boleh menggunakan mainan, atau membuang tisu kotor dalam bekas tandas. Letakkan bekas tandas di bilik mandi bagi menunjukkan apabila hendak membuang air besar dan kecil, mereka perlu pergi ke tandas.
  4. Apabila anak anda lebih cenderung untuk membuang air besar selepas makan, biarkan dia duduk di atas bekas tandas selepas makan.
  5. Jika anak anda mengambil sedikit masa, pastikan anda terus melayan mereka dengan sebuah cerita atau muzik.


3. Latihan Tandas untuk Kanak-kanak Lelaki

  • Pastikan dia belajar bagaimana untuk kencing duduk di kerusi tandas terlebih dahulu sebelum belajar bagaimana untuk berdiri dan mengacu.
  • Ajar dia untuk menolak kemaluannya ke bawah bagi mengelakkannya tergesek pada pengawal percikan.
  • Apabila dia sudah bersedia untuk cuba kencing berdiri, ajar dia bagaimana untuk mengacukan kencingnya ke dalam bekas tandas dan membersihkan hujung kemaluannya .


4. Latihan Tandas untuk Kanak-kanak Perempuan

  • Biarkan dia melihat anda dan belajar bagaimana untuk duduk dan buang air kecil. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik melalui contoh.
  • Ajar dia bagaimana untuk membersihkan dengan air atau mengelap dari depan ke belakang ketika pembersihan.


Kesabaran adalah penting semasa latihan tandas untuk anak lelaki atau perempuan anda. Anda mungkin menghadapi kesukaran dan kesilapan sepanjang latihan, jadi anda perlulah bersedia untuk menghadapi kekotoran. Ketika anak anda masih belajar kemahiran baru, ia akan mengambil sedikit masa sebelum dia berasa selesa dengan bekas tandas, malah juga tandas sebenar bagi jangka masa panjang. Apabila anda berasa kecewa, tarik nafas dalam-dalam (bukan berhampiran bekas tandas), dan mulakan sekali lagi. Tidak lama lagi, dengan sendirinya anak anda akan membuang air besar dengan selesa.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.