Feed icon

LACTOGROW® Saat Indah Grow Happy

TERMA DAN SYARAT

A. Jadual bagi Syarat Penyertaan

 

1. Penganjur:

Nestlé Products Sdn. Bhd. [197901000966] [“Penganjur”].

2. Promosi:

PROMOSI NESTLÉ LACTOGROW® SAAT INDAH GROW HAPPY EKSKLUSIF DI SABAH & SARAWAK [“Promosi”].

3. Tempoh Promosi:

Promosi bermula jam 00:00:00 pada 01/06/2021  dan ditutup jam 23:59:59 pada 31/07/2021.

4. Kelayakan:

Promosi ini dibuka kepada semua penduduk Sabah dan Sarawak yang sah berumur 18 tahun dan ke atas pada permulaan Tempoh Promosi, dan dengan dokumen pengenalan yang sah dan beralamat rumah di Sabah dan Sarawak. Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan.

5. Kaedah Penyertaan:

a.     Promosi ini adalah program penebusan di kedai ["Penebusan Di-Kedai"] dan juga peraduan ["Peraduan"].

 

b.     Penebusan Di-Kedai:

        i.         Sila rujuk Laman Web Promosi Penganjur untuk senarai Outlet turut serta [“Outlet”] dan jadual-jadual di: https://www.startwell.nestle.com.my/ms/lactogrow-saat-indah-grow-happy/em. Sila buat penebusan di Kaunter Khidmat Pelanggan Outlet.

 

       ii.         Terdapat sejumlah tiga ribu [3000] Baucar tersedia untuk Sabah dan Sarawak sepanjang Tempoh Promosi. Baucar akan diedarkan ke semua Outlet turut serta. Sekiranya Baucar ditebus sepenuhnya di mana-mana Outlet, pihak Outlet atau Promoter akan memaklumkan kepada konsumer. Semua Peserta dengan pembelian yang layak masih boleh menyertai Peraduan ini melalui Laman Web Promosi.

 

c.     Peraduan: Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan dan menghantar penyertaan anda, sila layari Laman Web Promosi Penganjur di: https://www.startwell.nestle.com.my/ms/lactogrow-saat-indah-grow-happy/em atau imbas kod QR yang ditunjukkan di Risalah Promosi.

6. Penebusan Dalam Kedai:

a.     Penebusan A: Untuk menebus dua [2] Baucar Rebat RM10 NESTLÉ INFANT NUTRITION bertarikh luput 31hb Oktober 2021, anda mesti membeli dalam satu resit dua [2] NESTLÉ LACTOGROW® 3 dan/atau 4 [1.3kg] dari mana-mana Outlet semasa Tempoh Promosi. Terhad kepada satu ribu [1000] Penebusan, iaitu bersamaan dengan dua ribu [2000] Baucar yang pertama sahaja.

 

b.     Penebusan B: Untuk menebus satu [1] Baucar Rebat RM10 NESTLÉ INFANT NUTRITION bertarikh luput 31hb Oktober 2021, anda mesti membeli dalam satu resit dua [2] NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 1-3 dan/atau 4-6  [900g] dari mana-mana Outlet semasa Tempoh Promosi. Terhad kepada satu ribu [1000] Penebusan, iaitu bersamaan dengan satu ribu [1000] Baucar yang pertama sahaja.

 

c.     Resit tunggal boleh didapati dalam bentuk resit bercetak atau resit bertulis dari sistem Point of Sale ["Resit"].

 

d.     Resit mesti mengandungi Produk yang dibeli, tarikh pembelian, jumlah pembelian, nombor resit dan nama dan/atau logo outlet di mana pembelian dibuat ["Butiran Resit"]. Jika tidak tertera, Resit mesti dicap dengan cap rasmi syarikat Outlet Dalam Kedai di mana pembelian dibuat. 

 

e.     Penebusan Di-Kedai:

    i.         Hantar Resit ke Kaunter Khidmat Pelanggan Outlet dan tebus serta merta dua [2] Baucar Rebat RM10 NESTLÉ INFANT NUTRITION dan/atau satu [1] Baucar Rebat RM10 NESTLÉ INFANT NUTRITION [“Baucar”].  

   ii.         Peserta boleh menebus serta merta maksima dua [2] Baucar bagi setiap Outlet, setiap hari sahaja.

Sebagai contoh:

-       Sekiranya anda menebus untuk Penebusan A, anda telah mencapai had maksima dua [2] Baucar dan anda tidak boleh menebus lagi untuk hari yang sama dan dari Outlet yang sama.

-       Sekiranya anda menebus untuk Penebusan B, anda boleh menebus sebanyak dua [2] Baucar untuk hari yang sama dan dari Outlet yang sama.

  iii.         Outlet akan mengecap dengan cap rasmi penebusan semua Resit yang dihantar untuk tujuan pengauditan. Resit yang dicap [salinan cetak] akan dikembalikan kepada Peserta.

  iv.         Peserta kemudian boleh menggunakan Resit yang sama untuk menyertai Peraduan Promosi.

 

f.      Pihak Penganjur mengekalkan hak untuk menggantikan sebarang Baucar dengan barangan lain yang sama nilainya, bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Semua Baucar disediakan dalam “keadaan sedia ada” dan tidak boleh ditukar dengan kredit, barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.

7. Peraduan:

a.     Peserta yang menebus melalui Penebusan Di-Kedai mesti menghantar Resit pembelian mereka sebagai Penyertaan di Laman Web Promosi untuk menyertai bahagian Peraduan dalam Promosi dan layak untuk memenangi Hadiah.

 

b.     Penghantaran Penyertaan melalui Laman Web Promosi:

      i.         Layari Laman Web Promosi atau Imbas kod QR.

     ii.         Lengkapkan butiran yang diperlukan ["Butiran Peribadi"] dalam Borang Web yang disediakan di Laman Web Promosi.

    iii.         Tangkap satu [1] gambar/imej [“imej”] yang jelas dan boleh dibaca Resit lengkap dengan Butiran Resit anda. Satu [1] Imej mesti mengandungi satu [1] gambar Resit sahaja.

    iv.         Muat naik Imej ke atas Borang Web dan hantar [“Penyertaan”].

 

c.     Penganjur akan memproses semua Penyertaan yang diterima. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana Penyertaan dengan Resit yang dicetak semula dan/atau Resit yang berulang dan/atau Imej yang mengandungi lebih daripada satu [1] Resit.

 

d.     Semua Penyertaan yang layak diterima akan menyertai Peraduan secara automatik untuk berpeluang memenangi hadiah berdasarkan Terma dan Syarat Klausa 9 hingga Klausa 12 di bawah.

 

e.     Semua Penyertaan yang tidak memenuhi syarat yang dinyatakan di sini akan hilang kelayakan oleh Penganjur.

 

f.      Penganjur berhak untuk meminta bukti Resit asal [salinan cetak] dan dokumen pengenalan sebagai bukti untuk pengesahan dan penebusan. Kegagalan untuk mengemukakan salinan cetak dokumen tersebut apabila diminta akan mengakibatkan pembatalan dan pelucutan hadiah.

 

8. Tarikh Tutup Penyertaan:

Semua Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum jam 23:59:59 pada 31/07/2021. Semua Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi yang berkenaan akan dibatalkan secara automatik.

9. Hadiah Peraduan – Sabah:

Terdapat sejumlah dua [2] Hadiah Utama berupa Komputer Riba Dell Inspiron bernilai RM2149 [warna rawak] setiap satu untuk dimenangi di Sabah.

 

10. Hadiah Peraduan – Sarawak:

Terdapat sejumlah dua [2] Hadiah Utama berupa Komputer Riba Dell Inspiron bernilai RM2149 [warna rawak] setiap satu untuk dimenangi di Sarawak.

11. Maklumat Pengadilan – Hadiah Utama:

a.     Semua Penyertaan Layak yang diproses oleh Penganjur sepanjang Tempoh Promosi akan diasingkan mengikut alamat rumah Sabah atau Sarawak yang diberikan dalam Borang Web.

 

b.     Setiap Penyertaan Layak bagi setiap negeri akan secara berasingan diperuntukkan satu set nombor bersiri yang bermula dari nombor bersiri "1".

 

c.     Setiap nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak bagi setiap negeri akan disusun kira dan dicampurkan untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak [“Jumlah Penyertaan Layak"]. Andainya Jumlah Penyertaan Layak untuk untuk Sabah ialah 14723, Penganjur akan mengira dan memilih finalis berdasarkan yang berikut:

               i.         Pemilihan dua [2] Finalis Hadiah Utama Sabah: 14723 ÷ 2 = 7361.5. Oleh sebab pembahagian 14723 dengan 2 akan menghasilkan nombor dengan nilai perpuluhan, nombor 7361.6 akan dibundarkan ke bawah kepada 7361. Dua [2] Peserta dengan Penyertaan Layak yang diberikan nombor bersiri 7361* dan 14722* akan dipilih [*contoh pengiraan:  7361, 7361+7361=14722].

 

12. Terma Tambahan:

a.     Penganjur akan menghubungi semua Finalis terpilih melalui WhatsApp melalui nombor telefon bimbit yang diterima Penganjur dalam Borang Web. Setiap Finalis yang terpilih akan diberi satu [1] soalan untuk dijawab. Finalis yang dipilih mesti menjawab soalan yang diberikan oleh Penganjur dengan betul untuk memenangi Hadiah. Kegagalan untuk menjawab dengan betul dan/atau kegagalan untuk menjawab soalan yang diberikan oleh Penganjur dalam masa yang dinyatakan akan mengakibatkan pembatalan Hadiah. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya Finalis terpilih tidak boleh dihubungi atas apa jua sebab.

 

b.     Setiap peserta hanya boleh memenangi sepanjang tempoh Promosi satu [1] Hadiah Utama sahaja.

 

c.     Semua hadiah akan dipindahkan kepada pemenang dalam masa 6 - 8 minggu dari 31/07/2021. Penganjur akan memberitahu semua pemenang melalui surat dan/atau WhatsApp mengenai butiran dan hadiah penghantaran dan terma dan syarat hadiah yang ditetapkan oleh pembekal pihak ketiga. Penganjur berhak untuk melanjutkan jangka masa yang dinyatakan di bawah klausa ini disebabkan alasan di luar kawalan Penganjur.

 

d.     Semua hadiah yang tidak dituntut selepas tarikh akhir yang ditetapkan oleh Penganjur untuk pengambilan hadiah akan dilucutkan.

 

e.     Pihak Penganjur mengekalkan hak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya sekiranya hadiah asal yang ditawarkan tidak tersedia.

 

f.      Penganjur tidak termasuk tanggungjawabnya dan semua tanggungjawab yang timbul daripada penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan atau pengubahsuaian pada Promosi atau hadiah atau disebabkan oleh keadaan lain yang tidak dijangka dan di luar kawalan Penganjur seperti campur tangan pihak pemerintah, kekacauan awam, rusuhan, perang, mogok, tindakan keganasan (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tindakan keganasan, permusuhan, kecemasan nasional, atau berlakunya epidemik/pandemik) dan untuk sebarang tindakan atau keingkaran oleh mana-mana pembekal atau vendor pihak ketiga.

 

g.     Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang berlaku pada hadiah semasa proses penghantaran. Sebarang kos tambahan lain (seperti perbelanjaan perjalanan, kos pengangkutan, duti dan cukai) yang terlibat untuk menebus atau mengambil hadiah akan ditanggung oleh pemenang di atas kos mereka sendiri.

 

 

Jadual bagi Syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Syarat Penyertaan dan Notis Privasi yang boleh didapati di https://www.startwell.nestle.com.my/ms/lactogrow-saat-indah-grow-happy/em, secara kolektif dinamakan “Terma dan Syarat”, yang akan mengikat semua peserta yang menyertai Promosi ini (selepas ini dirujuk sebagai  “Peserta”, “Anda”).

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

B.    Syarat Penyertaan

 

1.    Pengenalan

1.1       Syarat-syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Jadual Syarat Penyertaan,  secara kolektif dinamakan “Terma dan Syarat”, yang akan mengikat semua Peserta [dan ibu bapa/penjaga Peserta yang sah, jika Peserta bawah umur] yang menyertai Promosi ini [selepas ini dirujuk sebagai  “Peserta”, “Anda”]. Jika terdapat sebarang ketidakseragaman antara syarat Penyertaan ini dan Jadual Syarat Penyertaan, Jadual Syarat Penyertaan hendaklah diguna pakai. Setiap terma yang berhuruf besar jika tidak dinyatakan selainnya di dalam ini hendaklah mempunyai maksud yang ditakrifkan untuk terma sedemikian dalam Jadual Syarat Penyertaan. Terma yang ditakrifkan boleh digunakan untuk bentuk mufrad dan jamak mengikut keadaan.

1.2       Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa  mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Promosi, membuat penggantian Premium, membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosi secara keseluruhan atau sebahagian. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa Penyertaan berterusan mereka dalam Promosi akan menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat [sebagaimana yang diubah]. 

1.3       Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Promosi termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua Peserta, dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayani.

 

  1. Penyertaan Promosi

 

2.1       Dengan mengemukakan Penyertaan untuk Promosi ini, Peserta dianggap sudah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.

2.2       Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Promosi, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas [SMS], pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Promosi hendaklah ditanggung oleh Peserta.

2.4       Bukti penghantaran Penyertaan bukan bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang Penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau Penyertaan yang tidak diterima. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan Penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet.

 

  1. Kelayakan A

 

3.1       Jika umur kelayakan Peserta sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Syarat Penyertaan iaitu di bawah lapan belas [18] tahun, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis [dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur], daripada ibu bapa/penjaga mereka yang sah sebelum menyertai Promosi dan mengemukakan sebarang maklumat peribadi.

3.2       Penganjur boleh meminta Peserta memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi termasuk tanpa had, dokumen pengenalan, dan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga mereka yang sah dalam kes Peserta di bawah umur  lapan belas [18] tahun.

 

  1. Kelayakan B

 

Kumpulan orang di bawah tidak layak untuk menyertai Promosi:

[a]       Kakitangan Penganjur dan syarikat-syarikat dalam kumpulannya dan ahli keluarga terdekat mereka [suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan suami isteri mereka]; dan

[b]       Kakitangan agensi Penganjur yang ada kaitan dengan Promosi dan ahlikeluarga terdekat mereka [suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan suami isteri mereka].

 

  1. Perlucutan Kelayakan

 

5.1       Penyertaan berikut akan disingkirkan:

[b]       Penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca atau tidak betul; dan/atau

[b]       Penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkuat kuasa.

5.2       Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:

[a]        menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Promosi dengan pemalsuan, penipuan atau perdayaan; dan/atau

[b]       tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi apabila diminta untuk pengesahan Penganjur.

5.3       Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Premium diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Premium atau bayaran nilainya daripada Peserta yang lucut kelayakan.

 

  1. Premium

 

6.1       Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta yang gagal mengutip Premium menurut ketetapan Tuntutan Premium/Tarikh Penghantaran dalam apa keadaan sekalipun. Penganjur berhak menentukan pengurusan Premium yang tidak dituntut.

6.2       Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana Premium dengan barangan yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Premium sama sekali tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Penganjur.

6.3       Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Penyertaan berkaitan Premium hendaklah ditanggung oleh Pemenang.

6.4       Semua Premium mesti diambil menurut terma dan syarat Penganjur, ejennya, penaja atau pihak ketiga yang menyediakan Premium.

6.5       Premium diberikan berasaskan “keadaan sedia ada.” Premium hendaklah digunakan/diambil atas risiko Peserta sepenuhnya dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Premium setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang.

6.6       Premium hendaklah dituntut sendiri melainkan Penganjur menetapkan cara lain untuk kutipan.

6.7       Jika Peserta bawah umur 18 tahun dan diisytiharkan sebagai pemenang Premium, Peserta mesti ditemani oleh ibu bapa/penjaga mereka yang sah sepanjang upacara penyampaian Premium.

 

  1. Publisiti

 

Penganjur boleh menggunakan Penyertaan Peserta termasuk tanpa terhad kepada gambar, lukisan, teks, dan kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Promosi [secara kolektif dinamakan “Bahan”], dan nama Peserta, dan/atau persamaannya, untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan Promosi mana-mana barangan atau perkhidmatan Penganjur, untuk tempoh tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana-mana media. Peserta hendaklah melakukan segala perkara yang perlu untuk tujuan ini jika diminta oleh Penganjur.

 

  1. Hak Milik Intelektual

 

Peserta bersetuju bahawa semua hak milik intelektual dalam mana-mana kandungan dan/bahan yang dikemukakan, dibuat atau dicipta oleh Peserta berkaitan dengan Promosi dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul daripadanya secara kekal dan tanpa syarat akan menjadi hak, kepunyaan dan milik Penganjur. Penganjur berhak untuk menggunakan dan mengubah suai bahan atau hasil kerja sedemikian dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan segala haknya ke atas bahan atau hasil kerja sedemikian.

 

  1. Indemniti

 

Setiap Peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya sebagaimana ditetapkan dalam Akta Syarikat 2016 [“Kumpulan Nestlé Malaysia”], para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan segala kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan [termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan] yang timbul daripada atau ditanggung akibat Penyertaan Peserta dalam Promosi, penerimaan dan/atau penggunaan mana-mana Premium, Penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berkaitan dengan Promosi atau pelanggaran Terma dan Syarat,

 

  1. Had Liabiliti

 

10.1     Penyertaan Peserta dalam Promosi adalah atas risiko Peserta sendiri.

10.2     Penganjur, Kumpulan Nestlé Malaysia, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana Peserta berhubung dengan sebarang kehilangan atau kerosakan dan sebagainya yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan secara tidak langsung atau berbangkit, atau bagi kecederaan diri yang dialami atau ditanggung oleh Peserta yang timbul daripada atau berkaitan dengan Penyertaan Peserta dalam Promosi, dan juga penebusan dan/atau penggunaan mana-mana Premium yang dimenangi.

 

  1. Am

 

11.1     Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Promosi dan Terma dan Syarat jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun.

11.2     Sebarang nama, tanda perdagangan atau logo yang digunakan dan/atau diterbitkan semula dalam mana-mana bahan [termasuk bahan pemasaran dan Promosi] berhubung dengan Promosi, khususnya yang berkaitan Premium, adalah hak milik pemilik masing-masing. Promosi ini dan Penganjur tidak mempunyai pertalian dengan, atau mendapat pengesahan atau tajaan daripada, pemilik berkenaan, melainkan dinyatakan sebaliknya, dan pemilik sedemikian bukan sebahagian daripada syarikat kumpulan Penganjur.

11.3     Peserta tidak berhak untuk menyerah mana-mana hak atau subkontrak mana-mana the kewajipan yang terkandung di  sini. Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan seluruh atau mana-mana bahagian haknya kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Penganjur.

11.4     Ketaksahan, tindakan yang menyalhi undang-undang atau kegagalan pengutkuasaan mana-mana terma tidak akan menjejaskan atau mempengaruhi kesinambungan pelaksanaan Terma dan Syarat Promosi yang selainnya.

11.5     Di mana Terma dan Syarat Promosi disediakan dalam bahawa Bahasa Inggeris dan bahasan lain, sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara bahasa Inggeris dan bahasa lain, versi bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan dikuatkuasakan dalam semua hal.

11.6     Terma dan Syarat Peraduan hendaklah diertikan, ditadbir dan ditafsirkan [menurut undang-undang Malaysia.

 

  1. Notis Privasi

 

12.2    Dengan menyertai Promosi, Peserta bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi Peserta oleh Penganjur berdasarkan Notis Privasi di www.nestle.com.my/info/privacy_notice.

12.1     By participating in the Promotion, the Participant agrees to the processing of the Participant’s Personal Data by the Organizer in accordance with the Privacy Notice in www.nestle.com.my/info/privacy_notice.