Feed icon

Lactogrow Aktif - Beli, Tebus & Menang

TERMA DAN SYARAT

A.    Jadual bagi Syarat Penyertaan

 

1. Penganjur: Nestlé Products Sdn. Bhd. [197901000966] [“Penganjur”].
2. Promosi: NESTLÉ LACTOGROW AKTIF BELI, TEBUS & MENANG [“Promosi”].
3. Tempoh
Promosi:
Promosi bermula jam 00:00:00 pada 27/03/2021 dan ditutup jam 23:59:59 pada 31/05/2021.
4. Kelayakan: Promosi ini dibuka kepada semua penduduk Sabah dan Sarawak yang sah berumur 18 tahun dan ke atas pada permulaan Tempoh Promosi, dan dengan dokumen pengenalan yang sah dan beralamat rumah masing-masing di Sabah dan Sarawak.
5. Kaedah
Penebusan & Premium:
a.    Terdapat dua [2] set barangan [secara kolektif "Premium"] yang tersedia untuk penebusan untuk Promosi ini.
i.    Set A yang terdiri daripada dua [2] reka bentuk ‘Flash Card’ diberi secara rawak bernilai RM10 setiap satu.
ii.    Set B yang terdiri daripada satu [1] reka bentuk ‘Flash Card’ diberi secara rawak dan satu [1] reka bentuk ‘Hoodie Backpack’ diberi secara rawak set yang bernilai RM50 setiap satu.
b.    Terdapat dua [2] kaedah penebusan yang tersedia untuk Promosi ini:
i.    Laman Web Promosi di: https://bit.ly/3do4X3b. Peserta boleh mengunjungi Laman Web Promosi atau mengimbas kod QR yang tertera di Risalah Promosi.
ii.    Penebusan segera dalam kedai.
c.    Semua penyertaan penebusan yang tidak memenuhi syarat yang dinyatakan di sini akan dibatalkan kelayakan oleh Penganjur.
6. Penebusan melalui Laman Web Promosi: a.    Untuk menebus melalui Laman Web Promosi untuk:
i.    Set A – beli minima dua [2] NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 900g dalam satu resit dari mana-mana kedai sepanjang Tempoh Promosi.
ii.    Set B – beli minima tiga [3] NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 900g dalam satu resit dari mana-mana kedai sepanjang Tempoh Promosi.
b.    Resit adalah dalam bentuk resit bercetak atau resit bertulis dari sistem Point of Sale dan/atau e-invois untuk pembelian dalam talian ["Resit"].
c.    Resit mesti mengandungi pembelian Produk, tarikh pembelian, jumlah pembelian, nombor resit dan nama dan/atau logo kedai di mana pembelian dibuat ["Butiran Resit"]. Sekiranya ini tidak tertera, Resit perlu dicap dengan cap rasmi kedai di mana pembelian dibuat.
d.    Penghantaran penyertaan penebusan melalui Laman Web Promosi:
i.    Layari Laman Web Promosi atau imbas kod QR.
ii.    Lengkapkan butiran yang diperlukan ["Butiran Peribadi"] dalam Borang Web yang disediakan di Laman Web Promosi.
iii.    Tangkap satu [1] gambar/imej [“imej”] yang jelas dan boleh dibaca Resit lengkap dengan Butiran Resit anda. Satu [1] Imej mesti mengandungi satu [1] gambar Resit sahaja.
iv.    Muat naik Imej ke atas Borang Web dan hantar [“Penyertaan”].
e.    Penganjur akan memproses semua Penyertaan yang diterima. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana Penyertaan dengan Resit yang dicetak semula dan/atau Resit yang berulang dan/atau Imej yang mengandungi lebih daripada satu [1] Resit.
f.    Peserta hanya boleh menebus dua [2] Set A dan dua [2] Set B melalui Laman Web Promosi sepanjang Tempoh Promosi.
g.    Penganjur berhak untuk meminta bukti Resit asal [salinan cetak] dan dokumen pengenalan sebagai bukti untuk pengesahan dan penebusan. Kegagalan untuk mengemukakan salinan cetak dokumen tersebut apabila diminta akan mengakibatkan pembatalan dan pelucutan Premium.
h.    Semua Penyertaan yang layak diterima akan menyertai peraduan secara automatik untuk memenangi Hadiah Utama menurut kepada terma dan syarat klausa 10 hingga klausa 13 di bawah.
7. Penghantaran Premium: a.    Premium akan dihantar ke alamat penghantaran tempatan yang diberikan oleh Peserta dalam masa 6 - 8 minggu selepas tarikh tutup 31/05/2021.
b.    Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk melanjutkan jangka masa yang difikirkan perlu oleh Penganjur. Penganjur akan berhati- hati dalam penghantaran Premium tetapi Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Premium yang dihantar ke Peserta tidak diterima, tertunda ataupun rosak. Semua Premium yang tidak dituntut akan dibatalkan.
c.    Sekiranya terdapat kecacatan dari segi pembuatan, Peserta mesti memulangkan Premium tersebut dalam pembungkusan asal tanpa kerosakan kepada Penganjur dengan menanggung sendiri kosnya untuk mendapatkan gantian dalam masa 2 minggu selepas penerimaan Premium tersebut, jika gagal Premium tersebut tidak akan diganti.
d.    Semua Peserta mesti mematuhi terma dan syarat pihak yang mengaturkan
dan/atau menyediakan Premium serta terma dan syarat yang disertakan bersama Premium, jika ada.
e. Pihak Penganjur mengekalkan hak untuk menggantikan sebarang Premium yang dinyatakan dengan Premium lain yang sama nilainya, bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Semua Premium disediakan dalam “keadaan sedia ada” dan tidak boleh ditukar dengan kredit, barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.
8. Penebusan Segera melalui Dalam Kedai: a.    Penganjur akan menyediakan kaunter penebusan di outlet terpilih [“Outlet Dalam Kedai”] sahaja. Sila rujuk laman web Penganjur untuk Outlet Dalam Kedai dan jadual-jadual.
b.    Untuk menebus:
i.    Set A – beli minima dua [2] NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 900g dalam satu resit dari Outlet Dalam Kedai sepanjang Tempoh Promosi.
ii.    Set B – beli minima tiga [3] NESTLÉ LACTOGROW® Aktif 900g dalam satu resit dari Outlet Dalam Kedai sepanjang Tempoh Promosi.
c.    Resit boleh didapati dalam bentuk resit bercetak atau resit bertulis dari sistem Point of Sale dari Oulet Dalam Kedai [“Resit”].
d.    Resit mesti mengandungi Produk yang dibeli, tarikh pembelian, jumlah pembelian, nombor resit dan nama dan/atau logo outlet di mana pembelian dibuat ["Butiran Resit"]. Jika tidak tertera, Resit mesti dicap dengan cap rasmi syarikat Outlet Dalam Kedai tersebut.
e.    Penghantaran penebusan segera:
i.    Hantarkan Resit ke kaunter penebusan segera di Outlet Dalam Kedai dan tebus Premium yang dipilih secara serta-merta.
ii.    Peserta boleh dengan menebus secara serta-merta maksima satu [1] Set A dan satu [1] Set B di setiap Outlet Dalam Kedai, setiap hari sahaja.
iii.    Penganjur akan mengecap dengan cap rasmi penebusan semua resit yang dihantar untuk tujuan pengauditan. Resit yang dicap [salinan cetak] akan dikembalikan kepada Peserta.
iv.    Kesemua Premium yang ditebus di Outlet Dalam Kedai tidak akan dibenarkan untuk pertukaran selepas penebusan segera telah dilaksanakan. Oleh itu, Penganjur menasihati Peserta agar meneliti keadaan Premium mereka di tempat Penebusan tersebut.
v.    Peserta kemudian boleh menggunakan Resit "DITEBUS" yang sama untuk menyertai Peraduan Promosi.
f.    Pihak Penganjur mengekalkan hak untuk menggantikan sebarang Premium dengan Premium lain yang sama nilainya, bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Semua Premium disediakan dalam “keadaan sedia ada” dan tidak boleh ditukar dengan kredit, barangan lain atau baucar secara sebahagian atau sepenuhnya.
g.    Peserta yang menebus melalui Dalam Kedai mesti menghantar Resit “DITEBUS” Dalam Kedai mereka sebagai Penyertaan di Laman Web Promosi untuk mengambil bahagian dalam peraduan Promosi dan layak untuk
memenangi penyertaan Hadiah Utama.
h.    Penghantaran Penyertaan Peraduan Promosi melalui Laman Web Promosi:
i.    Imbas kod QR atau layari Laman Web Promosi:
ii.    Lengkapkan butiran yang diperlukan ["Butiran Peribadi"] dalam Borang Web yang disediakan di Laman Web Promosi.
iii.    Tangkap satu [1] gambar/imej [“imej”] yang jelas dan boleh dibaca Resit lengkap dengan Butiran Resit anda. Satu [1] Imej mesti mengandungi satu [1] gambar Resit sahaja.
iv.    Muat naik Imej ke atas Borang Web dan hantar [“Penyertaan”].
i.    Penganjur akan memproses semua Penyertaan yang diterima. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana Penyertaan dengan Resit yang dicetak semula dan/atau Resit yang berulang dan/atau Imej yang mengandungi lebih daripada satu [1] Resit. Penganjur berhak untuk meminta bukti Resit asal [salinan cetak] dan dokumen pengenalan sebagai bukti untuk pengesahan dan penebusan. Kegagalan untuk mengemukakan salinan cetak dokumen tersebut apabila diminta akan mengakibatkan pembatalan dan pelucutan Premium.
9. Tarikh Tutup Penebusan: Semua Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum jam 23:59:59 pada 31/05/2021. Semua Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi yang berkenaan akan dibatalkan secara automatik.
10. Hadiah
Utama Sabah:
Terdapat sejumlah tiga [3] Hadiah Utama yang terdiri daripada Grocery Sweep 2 minit untuk produk NESTLÉ bernilai sehingga RM1,000 setiap satu untuk dimenangi di Sabah.
11. Hadiah
Utama Sarawak:
Terdapat sejumlah tiga [3] Hadiah Utama yang terdiri daripada Grocery Sweep 2 minit untuk produk NESTLÉ bernilai sehingga RM1,000 setiap satu untuk dimenangi di Sarawak.
12. Maklumat Pengadilan- Hadiah Utama: a.    Semua Penyertaan Layak yang diproses oleh Penganjur sepanjang Tempoh Promosi akan diasingkan mengikut alamat rumah Sabah atau Sarawak yang diberikan dalam Borang Web.
b.    Setiap Penyertaan Layak bagi setiap negeri akan secara berasingan diperuntukkan satu set nombor bersiri yang bermula dari nombor bersiri "1".
c.    Setiap nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak bagi setiap negeri akan disusun kira dan dicampurkan untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak [“Jumlah Penyertaan Layak"]. Andainya Jumlah Penyertaan Layak untuk untuk Sabah ialah 22085, Penganjur akan mengira dan memilih finalis berdasarkan yang berikut:
i.    Pemilihan tiga [3] Finalis Hadiah: 22085 ÷ 3 = 7361.6. Oleh sebab pembahagian 22085 dengan 3 akan menghasilkan nombor
dengan nilai perpuluhan, nombor 7361.6 akan dibundarkan ke bawah kepada 7361. Tiga [3] Peserta berikut dengan Penyertaan Layak yang diberikan nombor bersiri 7361* akan dipilih sebagai Finalis Hadiah Utama, nombor bersiri seterusnya 14722* akan dipilih sebagai Finalis Hadiah Pertama dan nombor bersiri terakhir 22083* akan dipilih sebagai Finalis Hadiah Kedua [*contoh pengiraan: 7361, 7361+7361=14722, 14722+7361=
22083].
13. Terma Hadiah Utama Grocery Sweep
 
a.    Penganjur akan menghubungi semua Finalis terpilih melalui nombor telefon bimbit yang diterima Penganjur dalam Borang Web. Setiap Finalis yang terpilih akan diberi satu [1] soalan untuk dijawab. Finalis yang dipilih mesti menjawab soalan yang diberikan oleh Penganjur dengan betul untuk memenangi Hadiah. Kegagalan untuk menjawab dengan betul akan mengakibatkan pembatalan Hadiah Utama. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya Finalis terpilih tidak boleh dihubungi atas apa jua sebab.
b.    Pemenang akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara Grocery Sweep produk NESTLÉ [“Acara”] dan Penganjur akan memberitahu Pemenang mengenai tempat, tarikh dan masa Acara tersebut.
c.    Penyertaan oleh Pemenang dalam Acara selanjutnya adalah tertakluk kepada set terma dan syarat ["Peraturan Dasar"] yang akan disampaikan dan diumumkan oleh Penganjur pada hari Acara kepada Pemenang.
d.    Tertakluk kepada kepatuhan Pemenang terhadap Peraturan Dasar yang ditetapkan oleh Penganjur semasa Acara, setiap Pemenang mesti mengambil bahagian dalam Acara yang ditetapkan oleh Penganjur.
e.    Pemenang yang gagal dan/atau enggan mengambil bahagian dalam Acara dengan apa jua alasan secara automatik akan hilang kelayakan oleh Penganjur dan hadiah yang telah diperuntukkan untuk Pemenang yang berkenaan akan dilucutkan oleh Penganjur. Hak Pemenang untuk menyertai Acara ini tidak boleh dipindah milik.
f.    Setiap peserta hanya boleh memenangi sepanjang tempoh Promosi satu [1] Hadiah sahaja.
g.    Penganjur berhak untuk melanjutkan jangka masa yang dinyatakan di bawah klausa ini disebabkan alasan di luar kawalan Penganjur. Semua hadiah yang tidak dituntut selepas tarikh akhir yang ditetapkan oleh Penganjur akan dibatalkan.
h.    Pihak Penganjur mengekalkan hak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya sekiranya hadiah asal yang ditawarkan tidak tersedia.
i.    Penganjur tidak termasuk tanggungjawabnya dan semua tanggungjawab yang timbul daripada penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan atau pengubahsuaian pada Promosi atau hadiah atau disebabkan oleh keadaan lain yang tidak dijangka dan di luar kawalan Penganjur seperti
campur tangan pihak pemerintah, kekacauan awam, rusuhan, perang, mogok, tindakan keganasan (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tindakan keganasan, permusuhan, kecemasan nasional, atau berlakunya epidemik/pandemik) dan untuk sebarang tindakan atau keingkaran oleh mana-mana pembekal atau vendor pihak ketiga.
j.    Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang berlaku pada hadiah semasa proses penghantaran. Sebarang kos tambahan lain (seperti perbelanjaan perjalanan, kos pengangkutan, duti dan cukai) yang terlibat untuk menebus atau mengambil hadiah akan ditanggung oleh pemenang di atas kos mereka sendiri.

 

Jadual bagi Syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Syarat Penyertaan dan Notis Privasi yang boleh didapati di https://bit.ly/3do4X3b dan www.startwell.nestle.com.my/lactogrow-aktif-beli-tebus-menang, secara kolektif dinamakan “Terma dan Syarat”, yang akan mengikat semua peserta yang menyertai Promosi ini (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta”, “Anda”).

 

________________________________________________________________________________________________

 

B.    Syarat Penyertaan

 

1.    Pengenalan

1.1    Syarat-syarat Penyertaan ini mesti dibaca bersama dengan Jadual Syarat Penyertaan, secara kolektif dinamakan “Terma dan Syarat”, yang akan mengikat semua Peserta [dan ibu bapa/penjaga Peserta yang sah, jika Peserta bawah umur] yang menyertai Promosi ini [selepas ini dirujuk sebagai “Peserta”, “Anda”]. Jika terdapat sebarang ketidakseragaman antara syarat Penyertaan ini dan Jadual Syarat Penyertaan, Jadual Syarat Penyertaan hendaklah diguna pakai. Setiap terma yang berhuruf besar jika tidak dinyatakan selainnya di dalam ini hendaklah mempunyai maksud yang ditakrifkan untuk terma sedemikian dalam Jadual Syarat Penyertaan. Terma yang ditakrifkan boleh digunakan untuk bentuk mufrad dan jamak mengikut keadaan.
1.2    Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa mengubah Terma dan Syarat termasuk mengubah Tempoh Promosi, membuat penggantian Premium, membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosi secara keseluruhan atau sebahagian. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa Penyertaan berterusan mereka dalam Promosi akan menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat [sebagaimana yang diubah].
1.3    Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Promosi termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua Peserta, dan surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayani.
 

2.    Penyertaan Promosi
2.1    Dengan mengemukakan Penyertaan untuk Promosi ini, Peserta dianggap sudah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
2.2    Semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dan/atau timbul daripada Penyertaan dalam Promosi, termasuk tanpa terhad kepada caj telekomunikasi, rangkaian, Khidmat Pesanan Ringkas [SMS], pos dan semua caj lain sedemikian dan perbelanjaan sendiri yang mungkin dibelanjakan oleh Peserta semasa atau berhubung dengan Promosi hendaklah ditanggung oleh Peserta.
2.4    Bukti penghantaran Penyertaan bukan bukti penerimaan, dan Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang Penyertaan yang lewat, hilang, rosak dan/atau Penyertaan yang tidak diterima. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tanpa izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal terhadap sebarang rangkaian atau talian telekomunikasi, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan Penyertaan disebabkan oleh masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet.

3.    Kelayakan A

3.1    Jika umur kelayakan Peserta sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Syarat Penyertaan iaitu di bawah lapan belas [18] tahun, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis [dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur], daripada ibu bapa/penjaga mereka yang sah sebelum menyertai Promosi dan mengemukakan sebarang maklumat peribadi.
3.2    Penganjur boleh meminta Peserta memberikan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi termasuk tanpa had, dokumen pengenalan, dan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga mereka yang sah dalam kes Peserta di bawah umur lapan belas [18] tahun.
 

4.    Kelayakan B

Kumpulan orang di bawah tidak layak untuk menyertai Promosi:
[a]    Kakitangan Penganjur dan syarikat-syarikat dalam kumpulannya dan ahli keluarga terdekat mereka [suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan suami isteri mereka]; dan
[b]    Kakitangan agensi Penganjur yang ada kaitan dengan Promosi dan ahlikeluarga terdekat mereka [suami isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik, dan suami isteri mereka].
 

5.    Perlucutan Kelayakan

5.1    Penyertaan berikut akan disingkirkan:
 
[b]    Penyertaan yang tidak jelas, tidak lengkap, berulang, salinan, tidak boleh dibaca atau tidak betul; dan/atau
[b]    Penyertaan yang melanggar Terma dan Syarat, mana-mana undang-undang dan/atau peraturan yang berkuat kuasa.
5.2    Selain itu, Penganjur berhak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta yang:
[a]    menjejaskan, telah atau cuba menjejaskan perjalanan Promosi dengan pemalsuan, penipuan atau perdayaan; dan/atau
[b]    tidak layak atau tidak dapat mengemukakan bukti kelayakan untuk menyertai Promosi apabila diminta untuk pengesahan Penganjur.
5.3    Sekiranya perlucutan kelayakan berlaku selepas Premium diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Premium atau bayaran nilainya daripada Peserta yang lucut kelayakan.
 

6.    Premium

6.1    Penganjur, ejen, penaja dan wakilnya tidak bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta yang gagal mengutip Premium menurut ketetapan Tuntutan Premium/Tarikh Penghantaran dalam apa keadaan sekalipun. Penganjur berhak menentukan pengurusan Premium yang tidak dituntut.
6.2    Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana Premium dengan barangan yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Premium sama sekali tidak boleh dipindah milik, diserah hak, ditukar atau ditebus oleh Peserta dalam apa-apa bentuk lain atau cara lain daripada yang ditetapkan oleh Penganjur.
6.3    Sebarang kos tambahan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Syarat Penyertaan berkaitan Premium hendaklah ditanggung oleh Pemenang.
6.4    Semua Premium mesti diambil menurut terma dan syarat Penganjur, ejennya, penaja atau pihak ketiga yang menyediakan Premium.
6.5    Premium diberikan berasaskan “keadaan sedia ada.” Premium hendaklah digunakan/diambil atas risiko Peserta sepenuhnya dan Penganjur sama sekali tidak memberi sebarang jaminan mahupun menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan Premium setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang.
6.6    Premium hendaklah dituntut sendiri melainkan Penganjur menetapkan cara lain untuk kutipan.
6.7    Jika Peserta bawah umur 18 tahun dan diisytiharkan sebagai pemenang Premium, Peserta mesti ditemani oleh ibu bapa/penjaga mereka yang sah sepanjang upacara penyampaian Premium.
 

7.    Publisiti
Penganjur boleh menggunakan Penyertaan Peserta termasuk tanpa terhad kepada gambar, lukisan, teks, dan kandungan atau maklumat lain yang dikemukakan untuk tujuan Promosi [secara kolektif dinamakan “Bahan”], dan nama Peserta, dan/atau persamaannya, untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan Promosi mana-mana barangan atau perkhidmatan Penganjur, untuk tempoh tidak terhad di seluruh dunia tanpa pampasan, dan dalam mana- mana media. Peserta hendaklah melakukan segala perkara yang perlu untuk tujuan ini jika diminta oleh Penganjur.
 

8.    Hak Milik Intelektual

Peserta bersetuju bahawa semua hak milik intelektual dalam mana-mana kandungan dan/bahan yang dikemukakan, dibuat atau dicipta oleh Peserta berkaitan dengan Promosi dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul daripadanya secara kekal dan tanpa syarat akan menjadi hak, kepunyaan dan milik Penganjur. Penganjur berhak untuk menggunakan dan mengubah suai bahan atau hasil kerja sedemikian dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan segala haknya ke atas bahan atau hasil kerja sedemikian.
 

9.    Indemniti

Setiap Peserta bersetuju untuk melindungi, melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya sebagaimana ditetapkan dalam Akta Syarikat 2016 [“Kumpulan Nestlé Malaysia”], para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya daripada sebarang dan segala kerugian, hak, tuntutan, tindakan dan kerosakan [termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan] yang timbul daripada atau ditanggung akibat Penyertaan Peserta dalam Promosi, penerimaan dan/atau penggunaan mana-mana Premium, Penyertaan Peserta dan/atau persamaannya berkaitan dengan Promosi atau pelanggaran Terma dan Syarat,
 

10.    Had Liabiliti

10.1    Penyertaan Peserta dalam Promosi adalah atas risiko Peserta sendiri.

10.2    Penganjur, Kumpulan Nestlé Malaysia, para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana Peserta berhubung dengan sebarang kehilangan atau kerosakan dan sebagainya yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan secara tidak langsung atau berbangkit, atau bagi kecederaan diri yang dialami atau ditanggung oleh Peserta yang timbul daripada atau berkaitan dengan Penyertaan Peserta dalam Promosi, dan juga penebusan dan/atau penggunaan mana-mana Premium yang dimenangi.
 

11.    Am
11.1    Penganjur, ejen, penaja dan/atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menunaikan mana-mana kewajipan mereka berhubung dengan Promosi dan Terma dan Syarat jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan dalam keadaan sedemikian mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada Peserta dalam apa cara sekalipun.
11.2    Sebarang nama, tanda perdagangan atau logo yang digunakan dan/atau diterbitkan semula dalam mana-mana bahan [termasuk bahan pemasaran dan Promosi] berhubung dengan Promosi, khususnya yang berkaitan Premium, adalah hak milik pemilik masing-masing. Promosi ini dan Penganjur tidak mempunyai pertalian dengan, atau mendapat pengesahan atau tajaan daripada, pemilik berkenaan, melainkan dinyatakan sebaliknya, dan pemilik sedemikian bukan sebahagian daripada syarikat kumpulan Penganjur.
11.3    Peserta tidak berhak untuk menyerah mana-mana hak atau subkontrak mana-mana the kewajipan yang terkandung di sini. Penganjur berhak untuk menyerahkan atau melesenkan seluruh atau mana-mana bahagian haknya kepada mana-mana pihak ketiga sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Penganjur.
11.4    Ketaksahan, tindakan yang menyalhi undang-undang atau kegagalan pengutkuasaan mana- mana terma tidak akan menjejaskan atau mempengaruhi kesinambungan pelaksanaan Terma dan Syarat Promosi yang selainnya.
11.5    Di mana Terma dan Syarat Promosi disediakan dalam bahawa Bahasa Inggeris dan bahasan lain, sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara bahasa Inggeris dan bahasa lain, versi bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan dikuatkuasakan dalam semua hal.
11.6    Terma dan Syarat Peraduan hendaklah diertikan, ditadbir dan ditafsirkan [menurut undang-undang Malaysia.
 

12.    Notis Privasi

12.2    Dengan menyertai Promosi, Peserta bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi Peserta oleh Penganjur berdasarkan Notis Privasi di www.nestle.com.my/info/privacy_notice.
12.1    By participating in the Promotion, the Participant agrees to the processing of the Participant’s Personal Data by the Organizer in accordance with the Privacy Notice in www.nestle.com.my/info/privacy_notice.