Feed icon
Artikel

Kuasa ibu bapa

Mempersoalkan kuasa Kanak-kanak yang berusia lebih 15 bulan kini telah memaparkan keindividuaannya dan tingkah laku mereka kadang-kadang melepasi batas.

3 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Feb 19, 2021

Mempersoalkan kuasa
Kanak-kanak yang berusia lebih 15 bulan kini telah memaparkan keindividuaannya dan tingkah laku mereka kadang-kadang melepasi batas. Ini adalah situasi yang sering dihadapi oleh ibu bapa. Ibu bapa akan mengendalikan masalah ini berdasarkan didikan ibu bapa itu sendiri, personaliti, personaliti pasangan dan pendirian yang telah disemai dalam anak-anak yang lebih tua dalam keluarga.

Kami ingin berkongsi tiga pengalaman mengenai cara ibu bapa menunjukkan kuasa mereka.

Kami berharap perspektif mereka akan membantu anda untuk mencari pendekatan yang terbaik untuk anda dan anak anda.


Mark dan Mei Yin, ibu bapa kepada Thomas, 20 bulan
Kepatuhan kepada pihak berkuasa diterangkan dengan jelas
"Thomas adalah seorang budak yang sangat aktif. Sejak dia mula berjalan, dia mahu menyentuh segala-galanya di dalam rumah. Situasi menjadi semakin runcing kerana kita terpaksa sentiasa mengawasinya dan mengingatinya berulang kali untuk tidak menyentuh benda-benda sekitarnya.

Pada mulanya kami cuba untuk meletakkan segala-galanya di luar jangkauannya, tetapi ada benda-benda yang terlepas. Kami mengambil keputusan untuk menerangkan kepadanya dengan tenang tetapi tegas bahawa terdapat benda-benda yang dia tidak boleh sentuh. Kami mengambil masa untuk berjalan-jalan di sekeliling rumah dengannya sambil menunjukkan benda-benda yang dia tidak boleh sentuh. Thomas dapat memahami bahawa benda-benda tersebut bukan permainan. Saya rasa hakikat bahawa kami berdua berada bersamanya memberi kesan kepadanya. Sejak itu, Thomas ada kalanya menyentuh ‘objek terlarang’, tetapi ia jarang berlaku. Dia juga seolah-olah lebih gembira kerana dia dapat memikul tanggungjawab khas, sama seperti orang dewasa!"


Shamsul dan Katrina, ibu bapa Nadia, 16 bulan
Jangan mengambil pendirian yang berbeza!
"Buat satu masa, Nadia menolak segala-galanya. Dia selalu berkata “tidak” kepada semuanya, sama ada menukar lampin, memakai pakaian, mandi atau makan apa-apa selain daripada pasta.  Rasanya Nadia ingin memberontak! Kami mengambil pendirian untuk tidak bertembung pendirian dengannya. Ia tak beguna untuk kita menegaskan apa yang kita mahu, atau biar dia buat apa yang dia mahu. Kami perlu menunjukkan Nadia bahawa ada perkara-perkara di mana kedua-dua pihak boleh bertolak-ansur. Kami telah memutuskan untuk menetapkan keutamaan untuk mengekalkan kehidupan keluarga yang nyaman."


Bala dan Nisha, ibu bapa Vijay, 18 bulan
Mengenakan kuasa anda pada masa yang tepat boleh berkesan!

"Apabila Vijay berusia 15 bulan, dia tiba-tiba menjadi cerewet dengan makanannya. Dia enggan cuba makanan baru. Dia hanya mahu makan dengan mengunakan jarinya, walaupun mahir menggunakan sudu dan garpu kecilnya. Kami tidak ingin menerima atau menentang segala perangainya jadi kami memilih beberapa keadaan di mana kami tidak akan mengalah dan beberapa keadaan yang lain di mana kami lebih bertolak ansur. Vijay boleh makan makanan yang dia suka dengan sudu dan cuba sekurang-kurangnya sesuap makanan yang dia tidak mahu cuba. Dia boleh makan makanan tertentu yang ‘dibenarkan’ dengan jarinya, seperti sedikit ayam atau buah-buahan, dan dia tidak perlu menghabiskan semua makanan di pinggannya. Apa yang kita sebenarnya lakukan ialah menetapkan beberapa peraturan baru. Kami berpendapat bahawa Vijay lebih selesa dengan peraturan-peraturan seperti ini."

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.