Feed icon
Artikel

Ketahui Tentang Kebaikan Yogurt

Apabila usia Si Manja mencecah 11 bulan, dia mungkin telah bersedia untuk mencuba makanan bayi yang termasuk yogurt serta pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang dilenyek.

2 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Feb 19, 2021

Apabila usia Si Manja mencecah 11 bulan, dia mungkin telah bersedia untuk mencuba makanan bayi yang termasuk yogurt serta pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang dilenyek. Mereka memerlukan nutrien dan tekstur tambahan semasa beralih ke makanan pelengkap dengan mencuba makanan pepejal.

Yogurt mengandungi protein dan kalsium yang bermanfaat untuk Si Manja. Ia juga menyediakan rasa dan tekstur yang berbeza berbanding dengan makanan bayi lazimnya. Bagaimanapun, elakkan daripada memberi susu lembu sehingga usianya mencecah 1 tahun kerana kandungannya adalah berbeza.

Di dalam yogurt pula, laktosa dipecahkan oleh kultur bakteria aktif seperti thermophiles dan bulgaricus agar ia lebih mudah dihadam oleh Si Manja. Selain itu, proses pembuatan yogurt akan mengubah protein susu supaya ia mudah dihadam. Si Manja boleh cuba yogurt susu-penuh dipastur yang biasa atau dimaniskan secara semulajadi. Rujuk kepada doktor sama ada Si Manja mempunyai intoleransi susu atau jika mereka menunjukkan sebarang tanda alergi semasa mereka cuba yogurt.

Untuk memastikan perut Si Manja dapat menyerap lebih nutrisi, cubalah Bijirin Bayi CERELAC untuk 8 bulan yang diformulasi khas menggunakan teknologi CHE (Cereals Hydrolysed Enzymatically). Kaedah ini memastikan karbohidrat seperti beras atau gandum dipecahkan menjadi komponen lebih kecil agar lebih mudah dihadam. Bijirin Bayi CERELAC  juga mengandungi probiotik BIFIDUS BL yang membantu memperbaiki mikroflora usus yang berfaedah di dalam sistem penghadaman Si Manja dan mengurangkan risiko cirit-birit.

Jangan bimbang jika Si Manja tidak makan dengan banyak sepanjang tempoh ini. Ia hanyalah sebahagian daripada proses tumbesarannya dan akan berubah apabila tiba masanya kelak. Nikmatilah setiap detik mengujakan bersama Si Manja anda!

Untuk makanan lengkap yang berkhasiat, tambahkan potongan kecil sayur dan cebisan daging kepada bijirin bayi kegemaran Si Manja. Anda boleh mencuba resipi yang kami sediakan di Sudut Resipi dan hidangkan sajian enak untuk Si manja.  

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.