Feed icon
Artikel

Kemurungan Postpartum: 3 Mitos Kemurungan Selepas Bersalin

Menyambut kelahiran bayi sepatutnya menjadi satu detik gembira buat anda, namun selepas bersalin boleh membuatkan emosi anda tidak tentu. Anda akan berasa gembira dan gelisah pada masa yang sama. Apa yang tidak disangkakan adalah kemurungan.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

Menyambut kelahiran bayi sepatutnya menjadi satu detik gembira buat anda, namun selepas bersalin boleh membuatkan emosi anda tidak tentu. Anda akan berasa gembira dan gelisah pada masa yang sama. Apa yang tidak disangkakan adalah kemurungan.

Kemurungan selepas bersalin boleh menyebabkan perasaan sedih dan gelisah yang melampau dan boleh memberi kesan terhadap penjagaan bayi anda. Berikut adalah beberapa mitos yang mungkin anda percaya tentang kemurungan selepas bersalin.


1. Ia Hanyalah Kesedihan

[[{"fid":"26866","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"Mother feeling stressed out over postpartum depression","field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","field_deltas":{"1":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"Mother feeling stressed out over postpartum depression","field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"alt":"Mother feeling stressed out over postpartum depression","height":"445","width":"680","class":"media-element file-default","data-delta":"1"}}]]

Kemurungan selepas bersalin bukanlah hanya perasaan sedih yang remeh. Sedangkan kesedihan adalah satu emosi yang sering dihadapi oleh manusia, kemurungan yang teruk boleh menjejaskan kehidupan harian anda dan bagaimana anda menjaga bayi anda. Ia memberikan kesan kepada tahap pemakanan, tidur, tumpuan dan tenaga harian anda. Anda juga mungkin akan rasa mengalah di mana anda berkatakan “saya tidak mampu untuk melakukannya”. Sementara kesedihan datang dan pergi, kemurungan selepas bersalin akan bertahan selama 1 hingga 7 hari dan boleh terjadi lagi jika dibiarkan.


2. Kemurungan Postpartum saya akan hilang jika dibiarkan

[[{"fid":"26871","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"Mother with postpartum depression speaking to healthcare professional","field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","field_deltas":{"2":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"Mother with postpartum depression speaking to healthcare professional","field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"alt":"Mother with postpartum depression speaking to healthcare professional","height":"445","width":"680","class":"media-element file-default","data-delta":"2"}}]]

Kemurungan postpartum bukanlah satu pilihan. Ia bukanlah seperti memilih apa untuk dipakai, seseorang tidak memilih untuk bangun pagi dengan ceria atau mempunyai mood yang menyenangkan untuk menempuhi harinya. Apabila orang beritahu anda untuk bergembira atau kawal emosi anda, selalunya ia membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

Jika anda menghadapi kemurungan postpartum, anda memerlukan pertolongan untuk pulih daripadanya. Seorang pakar penjagaan kesihatan khas dalam kemurungan postpartum pasti dapat membantu anda. Cari kumpulan sokongan kerana ia dapat membantu anda untuk sedar bahawa orang lain juga mengalami pengalaman yang sama seperti anda.


3. Kemurungan postpartum adalah kesilapan saya

[[{"fid":"26876","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"Mother suffering from postpartum depression feeling guilty","field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","field_deltas":{"3":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"Mother suffering from postpartum depression feeling guilty","field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"alt":"Mother suffering from postpartum depression feeling guilty","height":"445","width":"680","class":"media-element file-default","data-delta":"3"}}]]

Jika anda mengalami kemurungan postpartum, anda mungkin akan rasa bersalah atas perasaan anda. Anda juga mungkin akan menyalahkan diri sendiri dalam fasa yang sedang anda lalui. Sebenarnya, kemurungan postpartum bukanlah salah anda.

Kemurungan postpartum boleh disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah penurunan hormon tertentu secara mendadak selepas kelahiran dan tekanan tinggi semasa bersalin. Ia juga boleh dipengaruhi oleh impak psikologi anda sendiri. Kemurungan postpartum bukan sahaja disebabkan anda merasa sedih dan ia tidak boleh dikawal dengan niat sendiri.


Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya disyaki mengalami kemurungan postpartum?

Jumpa pakar dalam kemurungan postpartum atau pakar kesihatan mental. Ia adalah satu bahagian penting dalam proses pemulihan anda walaupun anda rasa tidak memerlukannya. Ia bukanlah satu tanda yang menunjukkan anda gila atau bermasalah dalam apa jua cara. Anda hanya memerlukan sedikit motivasi di sepanjang pemulihan anda. Anda juga boleh menyertai kumpulan sokongan. Anda pasti tidak sangka ia dapat membantu dengan mendengar cerita-cerita lain yang serupa dengan anda.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.