Feed icon
Artikel

Kembali Bekerja dari Cuti Bersalin

Membesarkan seorang anak dalam tempoh beberapa bulan pertama adalah tidak semudah yang dijangkakan. Mereka yang baru menjadi ibu sebenarnya memikul pelbagai tanggungjawab tambahan. Tanggungjawab tambahan ini tidak seharusnya termasuk tekanan di pejabat, terutamanya untuk beberapa bulan pertama.

4 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Feb 19, 2021

Membesarkan seorang anak dalam tempoh beberapa bulan pertama adalah tidak semudah yang dijangkakan. Mereka yang baru menjadi ibu sebenarnya memikul pelbagai tanggungjawab tambahan. Tanggungjawab tambahan ini tidak seharusnya termasuk tekanan di pejabat, terutamanya untuk beberapa bulan pertama. Oleh sebab itu para ibu memerlukan cuti bersalin. Tetapi sesetengah ibu mungkin tertanya-tertanya mengenai cuti bersalin dan bagaimana untuk mendapatkannya. Kami di sini untuk menjawab soalan anda.


Memohon Cuti Bersalin
Jika anda rasa anda perlu kembali bekerja sejurus selepas melahirkan anak, nanti dulu! Anda mempunyai hak sebagai seorang ibu. Anda berhak mendapat cuti bersalin jika anda telah bekerja untuk majikan sekurang-kurangnya 90 hari sebelum bermulanya cuti bersalin. Anda boleh mendapat cuti sekurang-kurangnya 60 hari dengan gaji penuh. Anda tidak akan dipecat atau menerima notis penamatan kerana anda dilindungi dengan Akta Pekerjaan 1955.

Penjawat awam memperolehi 90 hari cuti bersalin, dengan jumlah 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Ini bermakna bahawa seorang ibu boleh menganggarkan cuti bersalinnya bagi menyimpan beberapa hari untuk anak yang seterusnya.

Selain daripada peraturan-peraturan asas cuti bersalin ini, beberapa syarikat boleh menawarkan lanjutan cuti bersalin dengan beberapa syarat. Pastikan anda periksa surat tawaran serta syarat-syarat pekerjaan.


Bagaimana untuk Memohon Cuti Bersalin?
Anda perlu memberitahu majikan mengenai kehamilan anda sekurang-kurangnya empat bulan dari tarikh bersalin. Walaupun anda fikir perut anda cukup besar untuk memberitahu yang anda sedang hamil, anda masih perlu memberitahu majikan anda secara formal. Hantar notis kepada HR dan penyelia anda. Anda perlu memberitahu syarikat anda mengenai tarikh permulaan cuti bersalin, sekurang-kurangnya dua bulan sebelum jangkaan masa berpantang. Jangan lupa juga untuk memeriksa kontrak anda. Sesetengah syarikat mungkin mempunyai peraturan atau syarat yang lebih ketat manakala yang lain mungkin mempunyai lebih banyak kelonggaran mengenai cuti bersalin.


Cuti untuk Suami (Isteri Bersalin)
Sudah tentu anda tidak boleh lupa tentang bapa kepada bayi tersebut; merekalah yang akan membantu kerja berat di rumah. Walaupun undang-undang di Malaysia tidak menetapkan cuti untuk bapa, kebanyakan syarikat mempunyai ketepatan beberapa hari untuk cuti apabila isteri bersalin, di mana ia tertakluk kepada beberapa syarat.


Bagaimana untuk membuat persediaan bayi setelah kembali bekerja?
Kebanyakan ibu-ibu tidak sanggup untuk meninggalkan permata hatinya yang masih kecil di rumah. Namun, seperti yang anda perlu tahu, anak anda perlu belajar untuk hidup berdikari suatu hari nanti, dan sekarang adalah peluang yang terbaik untuk bermula. Anda boleh membuat persediaan untuk anak anda dalam peringkat pertama pemisahan dengan langkah-langkah ini.


Persediaan untuk anak anda bagi proses pemisahan
Apabila tiba masanya untuk anda kembali bekerja dari cuti bersalin, ia adalah penting untuk anda:

  • Mempercayai orang yang menjaga anak anda.
  • Terima kenyataan bahawa terdapat insan lain yang juga boleh menjaga anak anda dengan penuh kasih sayang.
  • Anda haruslah terbuka untuk berbincang dengan penjaga anak anda bagi mengelakkan sebarang kebimbangan semasa anda bekerja.


Biarkan alat permainan menjadi sumber pembelajaran
Sikap meneroka akan merangsang pembelajaran. Kanak-kanak yang digalakkan untuk meneroka pada usia yang awal akan menjadi aktif untuk meneroka dan belajar di sepanjang pembesaran mereka. Apabila anak anda bersusah payah untuk mencapai sesuatu dengan alat permainannya, mereka akan sedar bahawa dengan berlatih dan memperolehi kemahiran yang diperlukan boleh menyelesaikan sesuatu masalah itu. Perkembangan kemahiran seperti ini berlaku apabila kanak-kanak muda bermain dengan alat permainan mereka. Detik-detik seperti ini membantu melahirkan imaginasi serta meningkatkan kreativiti seorang kanak-kanak. Lebih penting lagi, anak anda akan memerlukan alatan permainannya untuk keseronokan dan hiburan setelah anda kembali bekerja.


Ikatan Keluarga Memupuk Keluarga Bahagia
Kepulangan anda ke tempat kerja dari cuti bersalin tidak akan menghentikan anda untuk menghabiskan masa dengan keluarga. Gunakan konsep the musketeer "semua untuk satu dan satu untuk semua" melalui novel yang terkenal "The Three Musketeers". Matlamat kami sebagai ibu bapa adalah untuk melahirkan mesej bahawa keluarga yang bermain bersama, mereka kekal bersama. Maksud bermain di sini adalah melakukan aktiviti bersama-sama. Sebaik sahaja anda memulakan "tradisi" ini, anak anda akan sentiasa menanti-nantikannya selama mereka membesar.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.