MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Artikel
Add this post to favorites

Kek Hari Jadi Kanak-kanak

Adakah anda mencari kek hari jadi yang unik untuk anak anda? Adakah anda ingin menarik perhatian tetamu anda di majlis hari jadi anak anda? Berikut adalah dua resipi lazat dari Nestlé.

2 minit hingga baca Feb 19, 2021

Adakah anda mencari kek hari jadi yang unik untuk anak anda? Adakah anda ingin menarik perhatian tetamu anda di majlis hari jadi anak anda? Berikut adalah dua resipi lazat dari Nestlé.



Kek hari jadi Nestlé dengan Bijirin Bayi CERELAC® Gandum & Madu

Hidangan 24 keping
Masa penyediaan: 60 minit

Nutrisi setiap keping

  • Protein - 2.3g
  • Lemak - 11g
  • Karbohidrat - 18.5g
  • Tenaga - 184 kcal


Peralatan

  • Pemukul elektrik
  • Ketuhar


Bahan A

  • 200g tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh serbuk penaik


Bahan-bahan lain

  • 100g Bijirin Bayi CERELAC® Gandum & Madu
  • 300g mentega tanpa garam atau marjerin
  • 200g gula kastor
  • 4 biji telur (gred B)
  • ¼ (62 ml) cawan susu diperkaya kalsium
  • 1 sudu teh ekstrak vanila


Arahan

  1. Ayak semua bahan A dan campurkan Bijirin Bayi CERELAC® Gandum & Madu; ketepikan.
  2. Putarkan mentega dan gula sehingga kembang. Tambah telur satu persatu dan pukul rata selepas setiap telur dimasuk.
  3. Masukkan susu dan esen vanilla.
  4. Kaup balik bahan kering A.
  5. Griskan dua acuan kek bulat 20cm dengan kertas kalis minyak. Masukkan adunan kek ke dalam acuan kek.
  6. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga kek itu naik (apabila pisau dimasukkan di tengah-tengah kek keluar bersih).
  7. Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan ia sejuk dalam acuannya.
  8. Hiaskan kek dengan aising yang dibeli dari kedai sebelum menghidangkannya.


Mufin Epal & Kranberi yang Enak

Hidangan 20 keping
Masa penyediaan: 45 minit

Nutrisi setiap hidangan

  • Protein - 2g
  • Lemak - 7g
  • Karbohidrat - 13g
  • Tenaga - 124 kcal


Bahan-bahan A

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • ½ sudu teh serbuk penaik


Bahan-bahan lain


Arahan

  1. Ayak bersama bahan A dan campurkan Bijirin Bayi CERELAC® Beras & Buah-buahan.
  2. Putarkan mentega dan gula sehingga ringan dan berkrim. Masukkan telur, esen dan susu.
  3. Kaup balikkan bahan A.
  4. Masukkan campuran ini ke dalam tin mufin sehingga ¾ penuh, ratakan.
  5. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180°C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga perang keemasan. Sejukkan di atas rak dawai.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.