Kecederaan Kecil Si Manja
Si Manja anda mungkin akan mengalami kecederaan ringan semasa menjalani aktiviti seharian mereka. Perkara yang terbaik anda boleh lakukan ialah mendapatkan nasihat daripada doktor. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda mengelakkan kecederaan kecil dari Si Manja. Cadangan untuk umur tertentu mungkin juga berguna untuk umur lain.
Dari 6 sehingga 9 bulan
Cirit Birit
Pada umur ini, Si Manja berkemungkinan mengalami masalah penghadaman. Najis Si Manja mungkin berwarna kuning dan cair dan anda terpaksa menukar lampin Si Manja anda sehingga 7-8 kali sehari. Realitinya, cirit-birit adalah bahaya untuk Si Manja. Si Manja akan kekurangan air, jadi anda perlu berjumpa dengan doktor. Kebiasaannya doktor akan memberi ubat penambah air berbentuk serbuk di dalam paket untuk diminum oleh Si Manja. Perhatikan berat Si Manja. Jika Si Manja kerap muntah atau menangis lebih daripada kebiasaan, sila berjumpa dengan doktor. Apapun tanda yang Si Manja tunjuk, pastikan anda membawa Si Manja berjumpa dengan doktor. Untuk menyokong penghadaman Si Manja yang sihat, anda boleh cuba memberi probiotik. Ia merupakan bakteria berfaedah untuk menyokong perut selesa Si Manja. Anda boleh cuba susu yang diperkaya atau bijirin bayi.
Sembelit
Jika najis Si Manja terlalu keras dan mereka menangis ketika membuang air besar, sila berjumpa dengan doktor. Air mineral dengan kuantiti yang banyak mungkin boleh membantu namun ia perlu disertakan dengan seliaan yang ketat.
Kembung Perut
Peringkat umur ini adalah waktu biasa Si Manja akan mengalami kembung perut. Si Manja akan menangis sepanjang hari dan mereka tidak boleh dipujuk. Seluruh ahli keluarga anda akan panik, dan anda mungkin akan menyalahkan diri sendiri kerana tidak berjaya memujuk Si Manja anda, namun sebenarnya tidak banyak yang anda boleh lakukan. Jika Si Manja anda makan seperti kebiasaan, senyum, dan doktor mengatakan tiada apa-apa yang berlaku, maka anda tidak perlu risau. Jika sebaliknya, apa yang anda boleh lakukan ialah sentiasa tenang, kawal emosi anda dan urut perut Si Manja dengan perlahan. Ini akan menenangkan Si Manja anda.
Demam
Demam adalah luar biasa dan anda perlu sentiasa perhatikan Si Manja anda. Jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor jika demam ini berpanjangan.
Ruam Lampin
Apabila gigi Si Manja sedang tumbuh, bintik merah adalah normal. Ini mungkin adalah ruam lampin. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor. Kebersihan di sekeliling Si Manja adalah amat penting. Basuh punggung Si Manja dengan sabun yang lembut dan keringkan dengan tuala yang lembut. Jika perlu, doktor anda akan mencadangkan krim pelindung kulit. Tukar lampin Si Manja sekerap yang mungkin. Ruam lampin boleh berlaku dengan pantas, tetapi mengambil masa untuk sembuh.
Jangkitan telinga
Apabila Si Manja anda mengalami selesema, dia juga berkemungkinan untuk mengalami jangkitan telinga. Gejala-gejala yang dialami adalah sakit telinga, demam dan kadang kala menyebabkan cirit birit. Si Manja anda akan menjadi cepat marah, menangis dan juga sering menyentuh telinganya. Berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai sebarang kebimbangan.
Demam
Jangkitan virus boleh menyebabkan Si Manja mengalami demam. Elakkan daripada menyelimuti badan Si Manja terlalu tebal dan periksa suhu bilik Si Manja. Beri Si Manja minum air secara berterusan dan dalam masa yang sama beri ubat yang doktor anda bagi. Mandikan Si Manja dengan air suam dan urut Si Manja dengan lembut adalah digalakkan. Jika Si Manja anda tidur berlebihan atau bersikap luar daripada biasa, jumpa dengan doktor secepat mungkin.
Dari 9 bulan ke 3 tahun
Penyakit-Penyakit Bayi
Pada peringkat umur ini, Si Manja tidak lagi dilindungi oleh antibodi ibunya. Jangkitan bakteria boleh berlaku apabila Si Manja bersentuhan dengan kanak-kanak lain, bermain dengan permainan yang kotor dan sebagainya. Pada waktu inilah Si Manja lebih mudah dijangkit penyakit seperti radang kulit, rubella dan cacar air. Manakala beguk, atau bengkak di bawah rahang adalah normal pada waktu ini. Jika Si Manja anda mendapat salah satu penyakit ini, bawa Si Manja untuk berjumpa dengan doktor dan jangan lupa untuk memeriksa suhu badan Si Manja anda dengan kerap.
Kecederaan Kecil Harian
Apabila Si Manja anda sedang belajar berjalan dan meneroka benda baharu, mereka akan mudah terjatuh dan melukakan diri mereka. Jika bengkak, anda boleh mengenakan sarung tangan yang mengandungi ais pada kawasan yang bengkak beberapa kali sehari. Doktor juga akan mengesyorkan minyak atau krim untuk menyapu di kawasan yang bengkak tersebut. Satu tip untuk megelakkan kecedaraan adalah untuk pastikan lanti rumah anda bebas daripada mainan-mainan yang kecil dan pastikan Si Manja menjauhkan diri dari bucu tajam. Ini akan membantu anda mengelakkan kecederaan kecil dari Si Manja.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.