MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Artikel
Add this post to favorites

Idea Parti untuk Si Manja

Tip-tip untuk menganjurkan parti untuk Si Manja. Bagaimanakah anda memastikan parti sambutan hari jadi pertama Si Manja berjaya? Elakkan masa istimewa ini menjadi perhimpunan orang-orang dewasa dengan menggunakan idea-idea parti kanak-kanak berikut.

2 minit hingga baca Feb 19, 2021

Tip-tip untuk menganjurkan parti untuk Si Manja
Bagaimanakah anda memastikan parti sambutan hari jadi pertama Si Manja berjaya? Elakkan masa istimewa ini menjadi perhimpunan orang-orang dewasa dengan menggunakan idea-idea parti kanak-kanak berikut:

Mulakan majlis selepas waktu tidur Si Manja pada waktu petang. Si Manja akan berada di dalam mood yang terbaik untuk majlis tersebut. Anda boleh menghiaskan ruang parti sewaktu Si Manja sedang tidur.

Apabila Si Manja sudah bangun, pastikan Si Manja segar dan bawa dia ke ruang parti.

Penggunaan Warna
Hiaskan meja dengan pelbagai warna untuk menarik perhatian Si Manja. Dengan ini, Si Manja akan dapat tahu sesuatu yang intimewa sedang berlaku.

Jika anda mempunyai masa, hiaskan juga meja dengan peralatan parti dan menggunakan pinggan kertas dengan corak yang berwarna-warni.

Kek
Sediakan kek yang betul untuk sambutan hari jadi Si Manja. Ia sangat penting untuk Si Manja untuk berkongsi kek hari jadinya dengan semua orang. Sambutan ini haruslah menjadi satu sambutan yang akan diingati oleh Si Manja.

Hadiah-hadiah
Tiada hadiah yang sempurna untuk sambutan hari jadi yang pertama Si Manja. Pada umur setahun, Si Manja telah mengembangkan kemahiran dan pengalamannya. Jadi hadiah yang terbaik adalah untuk membantu Si Manja mengembangkan lagi kemahiran tersebut pada peringkat ini.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.