Feed icon
Artikel

Fakta atau Mitos: Susu Kambing Pilihan Alternatif untuk Nutrisi Anak Anda

Susu ibu ialah sumber semula jadi yang sempurna untuk bayi dan ternyata tiada tandingannya. Kini susu kambing dikatakan salah satu alternatif sebagai pengganti susu ibu berbanding susu formula yang lain.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

Susu ibu ialah sumber semula jadi yang sempurna untuk bayi dan ternyata tiada tandingannya. Kini susu kambing dikatakan salah satu alternatif sebagai pengganti susu ibu berbanding susu formula yang lain. Namun pelbagai sokongan kajian dan pakar mengatakan sebaliknya. Jadi yang manakah sumber yang terbaik untuk bayi anda? Ketahui fakta dan mitos tentang susu kambing di sini.


Adakah produk tenusu baik untuk anak anda?
Bayi di bawah umur satu tahun tidak sepatutnya diberi produk tenusu seperti susu kambing dan lembu. Mereka perlulah diberi susu ibu atau susu formula bayi jika penyusuan susu ibu tidak jadi.1

Ada yang berpendapat bahawa susu kambing mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan mudah dihadam berbanding dengan susu lembu disebabkan oleh kandungan proteinnya.1Tetapi, ini bukan faktanya.  Sebaliknya, Akademi Pediatrik Amerika tidak menggalakkan pemberian susu kambing kepada bayi kerana ia boleh menyebabkan alergi dan jangkitan yang boleh mengancam nyawa.1


Adakah susu kambing sesuai untuk bayi?
Susu kambing sebagai alternatif kepada susu lembu? Sebelum anda membuat keputusan, semak fakta terlebih dahulu. Sebenarnya, susu kambing yang tidak diproses atau dimodifikasi adalah tidak sesuai untuk bayi kerana kandungan protein dan mineralnya yang tinggi serta kandungan folatnya yang rendah berbanding dengan susu lembu.2

Tambahan pula, susu kambing mempunyai kandungan nutrien yang kurang daripada susu lembu. Ia juga tidak dapat mengurangkan potensi risiko alergi kepada bayi yang mempunyai ketidakhadaman laktosa.2

Formula berasaskan susu lembu mengandungi imbangan nutrien yang betul dan lebih mudah dihadam. Susu formula sesuai untuk sesetengah bayi, tetapi bukan kepada bayi yang alergi dengan protein susu lembu. Mereka mungkin perlu mengambil susu formula jenis lain.1


Penggunaan susu kambing lebih sesuai daripada susu formula?
Jika penyusuan ibu tidak lagi digunakan, susu formula berasaskan lembu adalah lebih sesuai. Tiada bukti yang menyatakan bahawa penggunaan susu formula berasaskan kambing atau soya dapat mengurangkan risiko alergi berbanding susu formula berasaskan lembu.3

Namun, jika anda rasa bayi anda mempunyai alahan atau intoleransi terhadap susu lembu, anda dinasihati untuk berjumpa dengan pakar kesihatan kanak-kanak. Doktor anda dapat mempreskripsikan formula yang sesuai untuk anak anda.

Susu formula protein dihidrolisi adalah berasaskan susu lembu dan mempunyai nilai nutrisi yang sama dengan susu formula biasa. Perbezaannya ialah protein dalam susu ini telah diuraikan supaya bayi anda kurang berkemungkinan untuk mendapat reaksi alergi daripadanya.

Oleh itu, formula protein dihidrolisis ialah susu formula yang dirumus khas untuk bayi yang mempunyai alergi tetapi bukannya susu kambing.

Oleh demikian, ibu bapa disyorkan untuk mencuba NANKID OPTIPRO HA 3, ia ialah susu formula yang dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas. Ia mengandungi OPTIPRO – protein dioptimumkan oleh Nestlé untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak anda.  Ia adalah protein separa terhidrolisis yang kurang alergenik berbanding dengan protein susu lembu dan lebih mudah dihadam serta diserap.


Rujukan:

  1. Cheng, G. Y. (2014). Retreived from http://mypositiveparenting.org/ms/2014/01/14/pilihan-susu/
  2. Tee, E. S. (2015, April). Retrieved from http://mypositiveparenting.org/ms/2015/04/21/susu-untuk-anak-anda-yang-sedang-membesar/
  3. ASCIA Guidelines - infant feeding and allergy prevention (2016). Retrieved from http://www.allergy.org.au/patients/allergy-prevention/ascia-guidelines-for-infant-feeding-and-allergy-prevention
Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.