Bagaimana untuk Mengelakkan Si Manja Demam dalam Proses Pertumbuhan gigi?
Pertumbuhan gigi Si Manja seringkali dikatakan bukanlah penyebab utama demam yang terjadi pada mereka. Apabila Si Manja anda mengalami demam atau biasanya suhu tubuh badannya tidak terlalu tinggi dan perkara ini pasti terjadi pada saat proses pertumbuhan gigi bermula.
Tetapi apabila Si Manja sedang mengalami demam semasa dalam proses pertumbuhan gigi mereka, ia berkemungkinan besar terjadi hanya secara kebetulan sahaja atau di atas sebab lain yang menimbulkan demam tersebut.
Walaupun sesetengah ibu bapa mengesyaki bahawa Si Manja mereka akan demam atau cirit-birit semasa proses pertumbuhan gigi, kebanyakan pakar-pakar pasti bersetuju bahawa pertumbuhan gigi Si Manja tidak mengakibatkan penyakit malah yang serius sekalipun. Jika Si Manja sedang menghadapi demam selesema, masalah sakit perut atau alergi, ibu bapa haruslah membawa Si Manja mereka untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian terlebih dahulu.
Rawatan gigi Si Manja
Rawatan gigi kanak-kanak haruslah bermula mulai sekarang ketika di antara proses pertumbuhan sedang berlaku supaya mereka tidak mengalami sebarang demam atau penyakit serius.
Sentiasa membersihkan gigi kanak-kanak
Gigi Si Manja juga perlulah dibersihkan sentiasa bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan dialami. Ibu bapa disarankan membersihkan gigi Si Manja sejak gigi pertama mereka tumbuh lagi.Gunakan berus gigi khusus Si Manja yang lembut dan calitkan sedikit ubat gigi khas untuk mereka yang dinasihatkan oleh doktor.
Cara pemberian makanan dan susu
Ibu bapa juga jangan dibiasakan memberi makanan yang manis pada Si Manja kerana gula yang tertinggal atau melekat pada gigi Si Manja dapat meningkatkan risiko penyakit gigi. Hal yang sama juga boleh terjadi akibat kebiasaan membiarkan botol susu tetap berada di mulut Si Manja sewaktu ia tertidur.
Rawatan doktor jika masalah berpanjangan
Berikut adalah keadaan-keadaan yang membuat anak anda perlu dibawa untuk rawatan oleh doktor, baik yang berhubungan dengan tumbuhnya gigi pertama mahupun gigi anak secara umum
Jika Si Manja demam lebih dari 38.5 darjah dan ianya berterusan lebih dari 1 hari, anda perlulah membawa Si Manja anda dengan segera ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor. Gigi pertama belum tumbuh pada umur 12 bulan ini adalah salah satu tanda yang kurang baik buat ibu bapa kerana pertumbuhan gigi Si Manja kurang normal atau tidak sama seperti kebanyakan Si Manja.
Tanda-tanda kerosakan gigi kanak-kanak
Tanda-tanda kerosakan gigi terjadi pada kanak-kanak apabila gigi kekal tumbuh di saat gigi susu belum lagi tertanggal, sehingga terdapat dua barisan gigi sekaligus. Terdapat sedikit kelainan pada permukaan rahang atau mulut misalnya rahang kecil atau lelangit sumbing. Mengalami cedera di kawasan muka yang mencederai gigi atau gusi.
Amalkan kebersihan kanak-kanak dari awal
Pastikan anda membersihkan jari sebelum menggosok-gosokkan gusi Si Manja secara lembut gusinya selama dua minit di saat Si Manja anda mula merengek atau berasa tidak selesa. Si Manja biasanya kurang gemar terhadap perlakuan ini untuk pertama kalinya, tetapi lambat laun mereka akan lebih tenang dan selesa jika ianya berlaku.
Apa yang lebih penting, ibu bapa haruslah mendapatkan nasihat doktor pakar untuk kesahihan yang lebih lanjut untuk kesejahteraan Si Manja anda membesar dengan sihat.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.