Feed icon
Artikel

Cara-cara Si Manja Boleh Melawan Penyakit Kencing Manis

As a parent, you want your child to be happy and healthy. Especially parents who have certain conditions that they do not want to pass on, like diabetes.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

Hasrat hati semua ibu bapa adalah untuk anak mereka membesar secara sihat dan sejahtera. Hasrat ini lebih kuat lagi bagi ibu bapa yang tidak inginkan anak-anak mereka mewarisi penyakit keturunan sejarah keluarga mereka seperti penyakit kencing manis. Sekarang, anda sebagai ibu dan bapa berupaya untuk menangani penyakit ini dari diwarisi anak-anak anda secara proaktif. Anda boleh membantu mengurangkan risiko Si Manja menghidap penyakit kencing manis.

Statistik menunjukkan bahawa jumlah orang yang akan menghidap penyakit kencing manis diramalkan meningkat dua kali ganda dalam masa 10 tahun. Ini bermakna kanak-kanak zaman sekarang lebih cenderung untuk menghidap penyakit seperti penyakit kencing manis dan komplikasi yang berkaitannya seperti penyakit jantung, penyakit buah pinggang, kebutaan, dan juga kehilangan anggota badan. Namun begitu, anda boleh menangani risiko Si Manja menghidap penyakit kencing manis secara proaktif.

Bolehkah pengambilan protein mempengaruhi penyakit kencing manis?
Apa yang anda perlu tahu terlebih dahulu ialah bukti dari kajian sains menunjukkan bahawa pengambilan protein dalam kuantiti yang tinggi pada awal hayat mempunyai kaitan dengan penyakit kencing manis apabila dewasa. Apabila kanak-kanak mengambil protein yang berlebihan, dia akan mula mengumpul lemak dalam badannya. Lemak boleh menyebabkan rintangan penyerapan insulin yang cekap dan boleh mengakibatkan penyakit kencing manis.

Apa yang berlaku jika anda mengurangkan pengambilan protein Si Manja?
Pengambilan protein yang rendah lebih memanfaatkan kesihatan Si Manja selagi dia mengambil protein dalam kuantiti yang secukupnya bagi umurnnya. Kuantiti protein yang sewajarnya boleh mempengaruhi sistem metabolik Si Manja untuk berfungsi dengan baik. Gunakanlah fakta ini supaya Si Manja membesar dengan sihat.

Anda boleh program tindak-balas metabolik Si Manja.
Pemprograman ialah keupayaan untuk membentuk badan Si Manja ke arah kehidupan yang sihat atau berpenyakit. Kuantiti dan kualiti protein yang diambil oleh Si Manja pada awal hayat boleh memberi kesan terhadap tindak balas metaboliknya. Kuantiti protein yang terlalu tinggi boleh meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit kencing manis. Jumlah protein yang terlalu rendah bermakna dia tidak mendapat nutrisi yang sewajarnya. Oleh sebab ini, pelarasan kuantiti protein yang seimbang dan secukupnya bagi umur dan peringkat dalam tumbesaran Si Manja adalah penting.

Pastikan Si Manja mendapat protein kuantiti protein yang rendah tetapi kualiti yang tinggi. Ia boleh mempengaruhi sama ada Si Manja akan menghidap penyakit kencing manis atau tidak pada masa hadapan. Ia adalah salah satu perkara yang terbaik yang anda boleh lakukan untuk Si Manja.

NANKID® OPTIPRO® HA 3 mengandungi OPTIPRO®, Kemajuan Protein Terkini dari Nestlé. Ia adalah protein susu lembu biasa yang dipecahkan menjadi komponen kecil, supaya ia senang dihadam. Ia juga mengandungi DHA & ARA, yang didapati dengan banyak dalam otak kita, serta 100 juta probiotik BIFIDUS BL dengan 3 gelas NANKID® OPTIPRO® HA 3 setiap hari. Probiotik merupakan bakteria berfaedah yang penting untuk keimunan Si Manja.

Rujukan:
1. Van Nielen, M. et al. Dietary protein intake and incidence of type 2 diabetes in Europe: the EPIC-InterAct Case-Cohort Study. Diabetes Care 2014 Jul; 37 (7): 1854-62

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.