Feed icon
Artikel

Bukan sekadar zat besi, tetapi bioketersediaan zat besi

Anda sering mendengar pelbagai maklumat yang menekankan pentingnya untuk memastikan anak anda mendapat sejumlah mikronutrien yang mencukupi setiap hari, terutamanya zat besi, untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.

2 minit
hingga baca
By Danial Ahmad , Author
Feb 19, 2021

Anda sering mendengar pelbagai maklumat yang menekankan pentingnya untuk memastikan anak anda mendapat sejumlah mikronutrien yang mencukupi setiap hari, terutamanya zat besi, untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat. Maklumat tersebut memang benar. Bukan itu sahaja, ada satu lagi perkara penting yang perlu anda ketahui untuk melengkapkan maklumat tersebut. Anda mahu zat besi untuk anak anda dalam bentuk bioketersedia. Bioketersediaan zat besi bermaksud tubuh anak anda bukan sekadar mendapat zat besi di dalam makanan tetapi tubuh anak anda dapat menyerap zat besi dalam peratusan yang lebih tinggi. Hidangkan makanan yang kaya dengan zat besi bersama makanan yang mengandungi vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi yang lebih baik oleh tubuh1,2.

 

Oleh sebab perut anak anda hanya boleh menyimpan sedikit makanan, pastikan makanan yang diberi kaya dengan dengan vitamin dan mineral. Makanan bayi seperti bijirin bayi CERELAC® menyediakan pilihan pemakanan bercerai-susu yang sihat. Diperkaya dengan zat besi dan mikronutrien lain, ia membantu menyediakan keperluan harian anak anda, termasuk 50% keperluan zat besi3 anak anda dengan kadar serapan lebih tinggi – dengan adanya vitamin C. Lain-lain sumber zat besi adalah daging merah dan sayuran berdaun hijau.   

 

Zat besi sangat penting untuk kesihatan dan perkembangan anak anda. Jika anda bimbang sama ada anak anda telah mendapat zat besi yang mencukupi, berbincanglah dengan pakar kesihatan anda. Beliau adalah orang terbaik untuk membantu anda memastikan tahun-tahun membesar anak anda diberikan nutrisi yang sewajarnya!

 

Rujukan

1. WHO/FAO. Guidelines on food fortification on micronutrients. Edited by Allen L de Benoist B, Dary O, Hurrell R. WHO/FAO 2006
2. EFSA, 2014, Scientific Opinion on the substantiation of a health claim related to vitamin C and increasing non-haem iron absorption pursuant to Article 14 of Regulation (EC No 1924/20061, EFSA, 12111, p. 3514.
3. Malaysia RNI 2005, daily iron intake for children aged 6 to 11 months. One serving of NESTLÉ® CERELAC® (50g) contains 5mg/serving of iron.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.