Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
Eating together

Sekeluarga Makan Bersama-sama

 

Keseronokan makan bersama keluarga. Makan adalah fungsi manusia yang penting. Setiap kaum dan budaya mempunyai tabiat makan tersendiri.

Keseronokan makan bersama keluarga

Makan adalah fungsi manusia yang penting. Setiap kaum dan budaya mempunyai tabiat makan tersendiri. Mengajar amalan memakan kepada anak-anak adalah sebahagian daripada bimbingan ibu bapa. Ikatan keluarga yang dijalini dan dinikmati semasa makan bersama penting dalam amalan tabiat ini. Itulah sebabnya ia adalah penting makan bersama-sama sekeluarga.

Mengikut ramai pakar kesihatan, makan bersama-sama adalah satu aspek penting dalam kesihatan yang baik. Seolah-olah makanan yang dimakan terlalu cepat, contohnya semasa menonton televisyen, akan menyebabkan khasiat kurang diserap oleh badan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran
Sudah ternyata buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber pemakanan yang sihat, terutama untuk kanak-kanak membesar. Anak-anak yang makan buah-buahan dan sayur-sayuran dari awal dapat membiasakan diri untuk memakan sayur-sayuran dan memupuk tabiat makan yang baik. Di samping itu, memakan buah-buahan dan sayur-sayuran memberi anak anda nutrien penting untuk membesar. Bagaimana anda menggalakkan anak anda untuk mencuba lebih sayur-sayuran? Nah, dengan makan bersama-sama sebagai sebuah keluarga.

Walaupun semua buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dianggap sihat, ada yang lebih sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya, tekstur dan terdapat nutrien khusus yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembangunan Si Manja. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi serat untuk mengelakkan sembelit dan membina sistem penghadaman yang sihat.


Buah-buahan
Semua buah-buahan dalah kaya dengan vitamin dan mineral. Anda boleh memilih buah-buahan yang terbaik untuk anak anda berdasarkan tekstur, kekerasan dan rasa. Buah-buahan seperti epal, pisang dan ciku juga merupakan sumber serat yang baik.


Sayur-sayuran
Sayur-sayuran merupakan sumber yang kaya dengan vitamin, mineral dan lain-lain nutrien untuk keperluan anak anda. Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada tiga kategori:


1. Sayur-sayuran berwarna gelap (berdaun hijau, kuning atau oren yang pekat)

  • Sayur-sayuran berwarna kuning atau oren pekat adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan C, serta asid folik.
  • Sayur-sayuran berdaun hijau kaya dengan kalsium dan besi, yang diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti memastikan kulit sihat dan penglihatan tajam, meningkatkan rintangan anak anda daripada jangkitan dan membantu membina tulang dan gigi yang kuat, serta darah yang sihat.
  • Sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, brokoli, kacang, lobak merah, labu dan tomato adalah amat berkhasiat.


2. Sayur-sayuran berkanji

  • Sayur-sayuran ini mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga, serat, vitamin B dan mineral lain seperti besi dan magnesium.
  • Cuba sayur-sayuran berkanji seperti kentang, keledek dan keladi.


3. Sayur-sayuran berwarna terang

  • Sayur-sayuran berwarna terang seperti kubis bunga, kubis, lobak putih, sengkuang dan bawang juga penuh dengan vitamin dan mineral.
  • Kubis bunga yang dikukus adalah makanan ringan yang baik.


Cadangan hidangan makanan
Untuk mengekalkan nutrien dalam sayur-sayuran, hanya mengupas dan memotong sayur-sayuran tersebut apabila diperlukan. Cuba kurangkan jumlah air yang digunakan untuk celur atau mendidih, dan elakkan masa yang terlalu lama untuk memasak makanan. Merebus adalah cara yang baik untuk melembutkan sayur-sayuran keras seperti kentang dan lobak merah, sambil mengekalkan nutrien dalam sos.


Waktu makan bersama yang menyeronokkan untuk anda dan anak anda

Dengan menikmati hidangan keluarga anda:

  • Anda membuat anak anda ingin meniru anda.
  • Menunjukkan bahawa makan adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menghiburkan.
  • Anda berbuat sesuatu yang baik untuk diri anda.


Bagaimana untuk melakukannya?

  • Cari resipi yang cepat dan mudah dimasak, dan pastikan ramuan-ramuan asas sentiasa tersedia.
  • Ambillah masa untuk makan dengan selesa, jangan gelojoh.


Beberapa tip praktikal

Jika boleh, sediakanlah hidangan bersama anak anda:

  • Tunjukkan Si Manja apa yang anda lakukan dan terangkan mengapa anda berbuat demikian. Bawanya bersama anda apabila anda pergi ke pasar. Biarlah dia sama-sama belajar tentang buah-buahan dan sayur-sayuran pada usia kecil.
  • Deria rasa kanak-kanak tidak sama dengan orang dewasa. Ia lebih sensitive. Ini tidak bermakna dia tidak boleh cuba makanan yang mempunyai rasa yang padat seperti keju. Biarlah dia cuba sedikit supaya dia boleh biasakan dirinya dengan rasa-rasa baru.


Jika anak anda suka makanan tertentu:

Hidangkan makanan yang digemari berulang kali dengan cara masakan yang sama supaya anak anda dapat menikmati rasa yang diingatinya. Anda boleh mengubah resipi yang sama kemudian hari dan hidangkannya dengan sedikit perbezaan seperti menggunakan herba, hiasan, dan sebagainya.


Bantu anak anda gemari sayur-sayuran:
Kanak-kanak biasanya tidak suka sayur-sayuran kerana ia tidak mengenyangkan. Cuba campurkan sayur-sayuran dengan nasi, mi atau pasta.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.