Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
Travelling with baby

Melancong bersama Si Manja

 

Bercuti bersama Si Manja memberikan anda peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Bercuti bersama Si Manja memberikan anda peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga. Untuk menjadikan percutian anda ini satu percutian yang menggembirakan, persediaan dan pengurusan masa adalahamat penting.

Menyediakan barang keperluan untuk Si Manja anda

Jika anda berlancong bersama Si Manja, tidak perlulah bawa kesemua barang Si Manja! Bawa bersama hanya barang-barang yang perlu. Contohnya pakaian yang sesuai dengan cuaca destinasi anda, barang-barang peribadi seperti sabun dan syampu, lampin, tisu basah dan mungkin satu atau dua mainan dan buku kesukaan Si Manja.

Tip-tip untuk bercuti tanpa stress
Jika anda membawa cukup makanan dan lampin semasa anda melancong bersama Si Manja, anda telahpun membawa barang keperluan yang mencukupi. Si Manja yang kenyang akan lebih tenang. Jadi pastikan anda memberi Si Manja makan sebelum bertolak. Perjalanan padawaktu malam akan mengurangkan kali untuk berhenti ke tandas dan halangan-halangan lain.

Semasa memandu, anda boleh menukar lampin dan memanaskan makanan Si Manja dengan mudah. Sentiasa bawa bersama makanan, selimut dan pelindung mata untuk Si Manja di dalam kereta. Sentiasa beri Si Manja minuman sepanjang perjalanan tersebut.

Memandu menuju ke destinasi: Utamakan keselamatan
Di dalam kereta, ibu bapa selalunya sukar untuk menahan diri daripada memegang Si Manja. Walaubagaimanapun, ia penting untuk meletakkan Si Manja di dalam kerusi khas bayi yang sesuai dengan saiz dan beratnya semasa anda melancong bersama Si Manja. Jika Si Manja tidak mampu untuk duduk dengan tegak, letakkan Si Manja membelakangi cermin hadapan. Bagi Si Manja yang agak besar, anda boleh menggunakan kerusi bayi yang mempunyai abah-abah untuk anda memakaikan tali pinggang keledar ke kerusi bayi tersebut.

Ruang penyimpanan barang selalu membawakan sakit kepala. Walaupun ruang penyimpanan barang anda telah penuh, pastikan ruang belakang kereta kosong.

Bertolak sejurus selepas anda memberi Si Manja makan atau pada waktu malam agar Si Manja boleh tidur, manakala anda boleh mengelakkan kesesakan lalu lintas. Jika anda meneruskan perjalanan pada waktu siang, pastikan anda memasang penghadang cahaya matahari. Pastikan anda memberi Si Manja minum dengan cukup sepanjang perjalanan anda. Jangan sesekali membiarkan Si Manja keseorangan diri di dalam kereta, walaupun hanya untuk beberapa minit.

Waktu bermain bersama Si Manja
Ia amat penting untuk anda meluangkan masa untuk berkomunikasi dan bermain dengan Si Manja. Berikut adalah beberapa permainan yang anda boleh main bersama Si Manja.

Untuk Si Kecil anda
•    Bermain Cak-Cak - Permainan ini dapat mengajar Si Manja walaupun mereka tidak dapat melihat sesuatu objek itu, objek itu masih ada di situ.
•    Mimik muka - permainan ini mengajar Si Manja untuk meregangkan muka mereka.

Untuk Si Manja anda yang lebih besar
Apabila Si Manja anda sudah lebih besar, begitu juga dengan koordinasi, ruang pergerakan dan tahap tumpuannya. Ini adalah masa yang sesuai untuk mengajak Si Manja bermain permainan yang lebih mencabar.

•    Nyanyi bersama lagu kanak-kanak dan bantu Si Manja dalam menyelaraskan nyanyian dan perbuatan. Contohnya tepuk tangan dan ajak Si Manja untuk tepuk bersama.
•    Permainan Menyorok Barang - Sembunyikan mainan kesukaan Si Manja di tempat yang mudah dijumpai seperti di belakang badan anda atau di dalam selimut Si Manja. Ia memang menyeronokkan apabila Si Manja mula mengikut pergerakkan anda.

Jika Si Manja tidak ingin turut serta dalam apa jua yang anda lakukan, mengulang semula lagu dan permainan kesukaan Si Manja mungkin dapat membantu mendapatkan semula mood Si Manja. Jadi ia amat penting untuk anda ingati aktiviti dan benda kesukaan Si Manja.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.