Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
Fun with baby

Berseronok bersama Si Manja

 

Peringkat 1: 6+ bulan. Keseronokan bermain bersama-sama. Si Manja anda suka bermain. Setiap hari, dia sungguh berseronok melihat benda-benda baru yang menarik dan meneroka dunia di sekelilingnya.

Peringkat 1: 6+ bulan
Keseronokan bermain bersama-sama. Si Manja anda suka bermain. Setiap hari, dia sungguh berseronok melihat benda-benda baru yang menarik dan meneroka dunia di sekelilingnya. Bermainlah dengan anak anda dan kamu berdua boleh berkongsi keseronokkan menerokai dunia di sekeliling bersama-sama!

Bermain adalah satu bahagian penting dalam perkembangan anak anda. Permainan yang merangsang deria anak anda, seperti permainan bertepuk tangan atau permainan yang melibatkan tindakan meniru akan membantu anak anda membina kemahiran motor, pemikiran dan sosialnya. Berikut adalah permainan yang menyeronokkan yang boleh anda cuba di pelbagai peringkat pertumbuhan anak anda.


6+ bulan
Bermain dengan perut! Apakah manfaat permainan ini untuk anak anda? Ia adalah permainan yang menyeronokkan yang boleh menguatan bahagian atas badan dan kawalan kepalanya, serta menguatkan otot-otot di lengan dan leher. Mula dengan beberapa minit pada satu masa sebelum memanjangkan masa. Ini membolehkan anak anda biasa dengan pergerakan-pergerakan baru ini.

  • Anda baring di belakang anda dan dakap anak anda atas perut anda.  Biarkan perut anda anda bersentuh perut anda. Kemudian, bercakap, menyanyi atau membuat muka lucu muka-ke-muka.
  • Gerakkan alat mainan di hadapan anak anda, bermula pada paras mata dan perlahan-lahan bergerak ke atas, untuk membantu menguatkan otot leher.


Gosok bahagian belakang anak anda perlahan-lahan untuk merangsang otot-otot yang digunakan untuk memegang kepala dan untuk menaikkan badannya mengunakan tangan. Anda juga boleh mengunakan gerakan berpusing-pusing di antara tulang belikat, dan dari atas dan ke bawah bahagian belakangnya.


8 hingga 12 bulan
Keseronokan bermain bersama-sama. Bermain dengan anak anda boleh menjadi masa yang dinanti-nantikan. Sebagai kelaziman harian, permainan yang menyeronokkan boleh menjadi salah satu cara terbaik untuk menggalakkan pertumbuhan sambil memupuk ikatan yang anda berdua. Apabila anda main sorok-sorok atau memilih mainan dengan benda-benda yang tersembunyi, anda dapat membantu anak anda memahami kehadiran objek yang tersembunyi dan merangsang ingatannya. Permainan yang dipanggil "Apa yang berbeza?" boleh melatih anak anda prihatin atas benda-benda yang hilang atau baru ditambah.

  • Untuk bermain, tunjukkan anak satu patung mainan, kemudian sembunyikannya di belakang anda.
  • Kemudian, tunjukkan dua atau tiga patung mainan lain. Letakkan patung mainan di belakang anda sekali lagi dan bawa keluar satu sahaja.
  • Anak anda mungkin akan melihat perbezaan jika satu patung mainan tidak ada, seolah-olah dia sedang mengira.


Dengan merangsang kemahiran fikiran semula jadi anak anda, anda menyediakan dia untuk memahami dunia sekelilingnya dan dapat menyelesaikan cabaran-cabaran kecil.

Dalam masa 10 bulan, kebolehan fizikalnya akan lebih berkembang. Pada masa ini, anda anda boleh mula bermain dalam kumpulan dengan kanak-kanak lain. Ini adalah cara yang baik untuk membantu dia belajar tentang persekitaran sosial dan fizikal, dan peranannya dalam dunia sosial.
Bermainlah permainan "sukan" seperti bergolek bola yang besar antara satu sama lain sambil duduk di atas lantai dengan kaki selain. Anda juga boleh cuba beberapa permainan yang menyeronokkan berdasarkan tindakan sebenar permainan besbol, bola keranjang, boling dan sukan lain. Sesuaikan permainan-permainan ini supaya ia mesra usia kerana dia masih belum mempunyai kawalan kemahiran motor sepenuhnya. Dia juga akan menikmati interaksi dan sorakan.

Permainan seorang ke seorangan akan membantu Si Manja rasa seperti dia telah mencapai sesuatu yang istimewa. Ini akan membantunya membina keyakinan diri, dan juga membina asas untuk bermain dalam satu pasukan.


12+ bulan
Keseronokan bermain bersama-sama. Apabila berusia satu tahun, anak anda telahpun melalui pelbagai tahap perkembangan dirinya. Pada peringkat ini, dia mungkin ingin berdikari yang selaras dengan peningkatan pergerakan dan kemahiran koordinasinya.

Anak anda akan mahu bergerak lebih dan akan menikmati kawalan kemahiran motornya yang lebih baik apabila kemahiran fizikalnya kian meningkat. Pada peringkat ini, biarkan dia bermain dengan mainan yang mempunyai ciri-ciri bunyi dan cahaya supaya dia boleh mencuba "tindakan-reaksi".

Apabila dia meningkat ke usia 15 bulan, koordinasi dan keseimbangannya yang lebih baik bermakna dia telah bersedia untuk bermain dengan alat mainan yang boleh ditunggang. Tindakan-tindakan seperti mendaki dan menurun, dan menolak ke hadapan dan belakang, boleh menguatkan otot kaki dan memperbaiki kemahiran motor. Keseronokan berulang-alik dari satu tempat ke tempat lain juga boleh memupuk semangat berdikarinya.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.