Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
Eating Independence

Si Manja Mampu Makan Sendiri

 

Pencapaian terbaik bagi Si Manja pada umur 9 bulan ialah kemahiran motor yang semakin bagus. Kanak-kanak pada usia ini mungkin boleh memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain.

Pencapaian terbaik bagi Si Manja pada umur 9 bulan ialah kemahiran motor yang semakin bagus. Kanak-kanak pada usia ini mungkin boleh memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain. Apabila Si Manja belajar menggenggam benda dengan kuat, dia akan mencuba untuk makan makanan bayi menggunakan sudunya. Ruang perut Si Manja juga telah bertambah, dengan keperluan tenaga di antara 500-600 kkal sehari. Pada peringkat ini, anda boleh menggalakkannya makan sendiri.

Walaupun sebahagian besar daripada pemakanan Si Manja masih berasaskan susu (susu ibu sangat disarankan), Si Manja anda sudah boleh mula menerima makanan pejal bayi seperti bijirin bayi yang dipadanlan dengan kekacang, tembikai susu, telur yang dimasak, lobak merah, puri kentang, nasi, serta  tomato yang dikupas dan dibuang kulit. Ia akan memberikan nutrisi seimbang yang merangkumi vitamin, protein dan karbohidrat yang diperlukan oleh Si Manja. Elakkan daripada memberi gula-gula dan makanan ringan kerana ia hanyalah kalori tanpa khasiat. Apabila Si Manja mula cuba untuk makan sendiri, berikan galakan dengan menyediakan sudu dia sendiri. Pastikan anda bersedia dengan sudu kedua kerana suapannya mungkin tidak masuk ke mulut. Dengan cara ini, anda boleh menyuap makanan kepada Si Manja apabila dia tidak makan secukupnya. Si Manja juga dapat belajar makan sendiri apabila dia memerhati dan meniru perbuatan anda.

Untuk memastikan perut Si Manja dapat menyerap lebih nutrisi, cubalah memberinya Bijirin Bayi CERELAC® yang dirumus khas dengan menggunakan teknologi CHE (Cereals Hydrolysed Enzymatically). Kaedah ini memastikan karbohidrat seperti beras atau gandum dipecahkan menjadi komponen lebih kecil agar lebih mudah dihadam.

Bijirin Bayi CERELAC® juga mengandungi probiotik BIFIDUS BL yang membantu memperbaiki mikroflora usus yang berfaedah dalam sistem penghadaman Si Manja dan mengurangkan risiko cirit-birit.

Apabila merancang makanan bayi yang baru, jangan lupa untuk berbincang dengan pakar kanak-kanak jika Si Manja menunjukkan sebarang tanda di luar kebiasaan. Kami mengharapkan yang terbaik untuk anda dan Si Manja semasa anda saling belajar mengenai diri masing-masing dalam tempoh membesar ini!

Lengkapi bijirin kegemaran Si Manja dengan hirisan kecil buah, sayur dan daging untuk mendapatkan nutrisi lengkap dalam setiap hidangan. Pelajari cara untuk menyediakan sajian enak dan sempurna untuk Si Manja dengan resipi kami di Sudut Resipi.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.