Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
A Bite of New Tastes and Textures

Rasa dan Tekstur Makanan Baru bagi Si Manja

 

Apabila gigi pertama Si Manja anda muncul, dia boleh mula mengisar dan mengunyah makanan lembut menggunakan gusinya.

Apabila gigi pertama Si Manja anda muncul, dia boleh mula mengisar dan mengunyah makanan lembut menggunakan gusinya. Dia tidak lagi terhad menjamu makanan yang cair sahaja dan sudah boleh mencuba makanan baru yang mempunyai rasa dan tekstur yang berlainan. Namun, Si Manja akan mengalami kesakitan dan kesengasaraan apabila setiap batang gigi susunya mula muncul.  Keperibadian Si Manja juga akan bertukar kerana dia sekarang sudah boleh menunjukkan minat terhadap makanan yang digemari dan sebaliknya.

Pada peringkat ini, anda boleh campur makanan separa pejal yang mempunyai tekstur dan rasa yang berlainan dengan makanan yang digemarinya supaya dia dapat beralih kepada rasa dan tekstur baru dengan lebih senang. Anda perlu memperkenalkan Si Manja pelbagai rasa dan tekstur makanan yang baru supaya Si Manja anda lebih senang mencuba makanan baru pada masa depan. Jika Si Manja mengalami kesakitan akibat pertumbuhan gigi barunya, cubalah menyuap makanannya menggunakan sudu getah supaya dia dapat mengunyah secara lembut untuk melegakan kesakitan gusinya.

Untuk memastikan nutrisi penting diserap dengan baik dalam perut anak anda, cubalah Bijirin Bayi CERELAC® bagi Si Manja berusia 7 bulan. Makanan ini dirumus khas dengan teknologi CHE (Cereals Hydrolysed Enzymatically). Rumusan ini memecahkan kabohidrat dalam makanan seperti nasi dan gandum menjadi lebih kecil agar lebih mudah dihadam..

Bijirin Bayi CERELAC® juga dirumus dengan probiotik BIFIDUS BL yang membantu meningkatkan mikroflora usus yang berfaedah dalam sistem pencernaan Si Manja serta mengurangkan kejadian cirit-birit.

Namun, jika anda mempunyai keraguan, periksalah dengan pakar kanak-kanak anda, lebih-lebih lagi jika Si Manja mengalami reaksi yang membimbangkan terhadap makanan baru, terutama sekali dalam peringkat pertumbuhan gigi barunya. Semoga anda berjaya menangani cabaran pemakanan rasa dan tekstur baru bersama Si Manja.

Jika anda ingin memperkenalkan Si Manja kepada pelbagai rasa dan nutrisi, anda boleh memberi anak anda makanan yang dipuri. Sayur seperti bayam atau buah seperti pisang boleh dipuri dengan senang dan dicampurkan ke dalam bijirin bayi. Kunjungilah laman Resipi kami untuk idea-idea resipi baru dan sesuai bagi peringkat-peringkat pertumbuhan anak anda.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.