Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

5 Superfood untuk Diet Si Manja

Super, Memang Super!: 5 Superfood untuk Diet Si Manja

Landing image

Superfood untuk diet si manja? Superfood tak terhad kale, alfalfa, chia seed dan goji berry saja. Ada cara yang lebih efektif lagi ekonomi untuk menyelitkan superfood dalam diet si manja. Lagi-lagi ketika nak mula berikan si manja makanan pejal. Jom tengok superfood yang mana sesuai untuk diet si manja.

Seaweed

1. Rumpai laut lazat lagi berkhasiat:

Tumbuhan laut ini memang kaya dengan khasiat dan rasanya juga lazat. Snek yang pastinya menepati cita rasa si manja – rasanya lazat, rangup dan padat dengan khasiat asid lemak Omega-3, kalsium dan magnesium, dan zat besi, potasium, iodin dan zink. Seronoklah si manja mengunyah nanti!

Potatoes

2. Keledek Surprise!:

Rasanya lebih manis dan kandungan kanjinya juga kurang berbanding dengan kentang-kentang yang lain. Keledek juga padat dengan beta karotin, Vitamin A yang membantu penglihatan si manja, folat pula membantu fungsi otak, kalsium, zat besi, potasium dan serat, teksturnya pun lembut, mudah untuk si manja untuk menikmatinya. Nak lenyek boleh, masak bubur pun boleh, ikutlah selera si manja ☺

Cocoa

3. Koko, Kegemaran Semua!

Rasanya macam coklat tapi lagi banyak manfaatnya untuk si manja. Serbuk koko yang 70% asli, tanpa sebarang proses sememangnya melimpah dengan khasiat yang baik untuk jantung, kulit dan kesihatan oral. Kelazatannya dapat dinikmati dalam bentuk minuman panas mahupun sejuk, tak pun taburkan atas oat, waffle atau roti bakar. Yang penting, kandungan lemaknya sangat rendah!

Purple power

4. Si Hitam Manis:

Kulitnya gelap, namun isinya putih bersih, berjus dan memang lazat untuk dimakan, ataupun dijadikan jus. Buah manggis mempunyai khasiat yang mempertingkatkan sistem imun, metabolisma serta padat dengan xanthone yang mengurangkan keradangan. Jadikan buah manggis sebagai sebahagaian diet si manja untuk mempertingkatkan sistem imunnya.

Beans

5. Kacang Tidak Lupakan Kulit:

Mungkin rupanya tak berapa glamour namun kacang merupakan sumber protein yang lengkap dengan Vitamin B, zat besi, serat, kalsium dan juga antioksidan. Macam-macam jenis kacang yang boleh dicuba dengan pelbagai jenis masakan setiap hari untuk si manja. Pelbagaikan dietnya setiap hari agar lebih mudah untuk si manja untuk terus menikmati kebaikan serta kelazatan makanan pejal – atau berikannya Cerelac ® bijirin bayi yang padat dengan kebaikan DHA, probiotik BIFIDUS BL dan vitamin-vitamin penting serta mineral.

Kadang kala, persefahaman memang sukar untuk dicapai. Namun semua orang pasti bersetuju bahawa apa yang penting adalah kesihatan anda serta bayi dalam kandungan anda terpelihara dan mendapat khasiat terbaik. Pastikan anda mendapat kesemua nutrisi yang diperlukan sepanjang kehamilan dan selepas melahirkan dengan mengambil segelas Mom & Me setiap hari!

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits Nutrition Info mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits Practical Tools Cuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits Help Dapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits Coupons Nikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.