Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
Security rules

Keselamatan Kanak-Kanak

 

Si Manja anda seorang yang suka meneroka benda baharu. Si Manja lebih suka untuk meneroka benda baharu di sekitar mereka dan ini membuatkan Si Manja terdedah kepada kemalangan dan kecederaan pada bila bila masa.

Si Manja anda seorang yang suka meneroka benda baharu
Si Manja lebih suka untuk meneroka benda baharu di sekitar mereka dan ini membuatkan Si Manja terdedah kepada kemalangan dan kecederaan pada bila bila masa. Si Manja anda akan menggunakan mulut, tangan dan apa sahaja untuk meneroka suasana dan kawasan sekitar mereka. Apabila Si Manja membesar, anda perlu berhati-hati dengan keselamatan Si Manja di rumah. Berikut adalah beberapa tip untuk memastikan keselamatan Si Manja.

Mencegah kemalangan di kawasan sekitar
Amat penting sekali untuk anda melihat sekeliling anda melalui persepsi Si Manja anda untuk memastikan keselamatan dia. Berikut adalah beberapa langkah untuk membantu anda.

•    Jangan tinggalkan Si Manja anda tanpa sebarang pengawasan. Pegang Si Manja apabila mereka berada di kawasan yang licin agar mereka tidak mudah jatuh.
•    Jangan tinggalkan Si Manja anda keseorangan di dalam rumah, di bilik mandi atau tandas, dan apabila bersama kanak-kanak lain.
•    Baringkan Si Manja anda apabila mereka hendak tidur. Pakaikan baju tidur yang sesuai untuk Si Manja. Elakkan dari menggunakan selimut selagi mereka belum berumur setahun keatas.
•    Simpan segala mainan mereka di hujung katil.
•    Sentiasa periksa suhu makanan Si Manja anda.
•    Jangan tinggalkan Si Manja dengan binatang.
•    Apabila Si Manja sudah boleh mula berjalan, simpan segala barang dan objek yang bersaiz kecil dan mudah untuk ditelan. Contohnya cincin, kacang, pasu kecil yang berisi barang-barang kecil. Ini kerana pada waktu ini, Si Manja lebih suka untuk memasukkan barang yang dijumpai ke dalam mulut mereka.
•    Jangan biarkan Si Manja berlari apabila dia mempunyai sesuatu di dalam mulut mereka.
•    Simpan segala produk pencuci, ubat dan barang-barang kecantikan diri di dalam rak yang tidak boleh dicapai oleh Si Manja.
•    Simpan segala pisau dan barangan tajam di tempat tinggi, tempat yang tidak boleh di capai oleh Si Manja.
•    Jauhkan segala kuali dan periuk dari dicapai oleh Si Manja.
•    Pastikan Si Manja tidak memasukkan serpihan cat ke dalam mulut mereka.
•    Buatkan rumah anda selamat bagi Si Manja termasuklah menyediakan pagar tangga bagi Si Manja, penutup soket elektrik, menutup pintu kaca untuk balkoni dan kolam renang, pelindung bucu tajam bagi perabot dan sebagainya.
•    Sentiasa berhati-hati dalam mengawasi Si Manja anda membesar. Namun jangan pula menjadi terlampau paranoid sehingga menolak semua benda dan membantutkan tumbesaran Si Manja.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.