Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
Decorations and activities

Hiasan dan Aktiviti Majlis Jamuan Kanak-kanak

 

Dengan sedikit imaginasi, masa, dan kasih sayang, mencipta hiasan dan aktiviti untuk majlis hari jadi anak anda adalah sangat mudah.

Dengan sedikit imaginasi, masa, dan kasih sayang, mencipta hiasan dan aktiviti untuk majlis hari jadi anak anda adalah sangat mudah. Teruskan membaca untuk beberapa tip berguna, cadangan dan permainan yang boleh dimain dengan seisi keluarga. Anda boleh menjadikan majlis hari jadi Si Manja satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Berikut adalah beberapa cadangan hiasan dan aktiviti majlis jamuan yang boleh anda cuba.

Mulakan majlis jamuan yang seronok!

Alat-alat hiasan sangat penting untuk memeriahkan suasana majlis yang sempurna. Jika anda memilih tema khas (lihat di bawah), sesuaikan hiasan yang sewajarnya. Jika anda tidak memilih tema tertentu, anda boleh gantung belon, rantai kertas dan hiasan lain yang berwarna-warni. Ikatkan belon bersama foto ke pemegang pintu rumah anda. Di bawah adalah beberapa cadangan untuk tema majlis jamuan. Anda boleh memberi tetamu dewasa pakaian kostum dan aksesori mengikut tema majlis.  Penyertaan seluruh ahli keluarga adalah diperlukan untuk memeriahkan lagi majlis hari jadi Si Manja!

  • Satria
  • Lanun
  • Haiwan
  • Badut
  • Watak kartun


Selain hiasan yang dicadangkan, peniup wisel (party blowers) juga boleh diseadiakan. Kanak-kanak suka bunyi bising.

Permainan untuk gelak-ketawa
Apabila Si Manja berusia 1 tahun, dia masih tidak cukup besar untuk mengambil bahagian dalam permainan. Bagaimanapun, dia boleh memerhati ahli keluarga berseronok dan ketawa bersama tetamu lain. Berikut adalah beberapa cadangan permainan yang mudah untuk penyertaan tetamu anda:

Kerusi muzikal
Susun kerusi dalam bulatan (satu kerusi kurang daripada bilangan pemain) dan mulakan muzik. Pemain mesti menari di sekeliling kerusi sehingga anda menghentikan muzik tanpa amaran. Pemain mesti cepat-cepat mencari kerusi dan duduk. Pemain yang tidak dapat duduk atas kerusi akan kalah. Mulakan muzik sekali lagi dan ulangi langkah-langkah di atas sehingga hanya ada satu kerusi yang tinggal. Pemenang adalah orang terakhir yang duduk.

Lekatkan hidung pada badut
Lukiskan gambar badut di kertas kosong tetapi jangan lukis hidungnya. Sebaliknya, guntingkan lukisan hidung merah dari kadbod. Kemudian, gantung lukisan badut pada dinding dengan pin. Tutup mata salah seorang pemain yang harus melekatkan gambar hidung badut di tempat yang betul pada lukisan muka badut. Pemenang adalah pemain yang melekatkan hidung di kedudukan yang hampir betul.

Hiasan majlis dan aktiviti-aktiviti permainan kanak-kanak ini pasti akan memeriahkan majlis hari jadi anak anda.  Cubalah sendiri!

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.