MyFeed Personalized Content
Zaman Kanak-Kanak
Artikel

PLAYING: Allergies and the Immune System

Add this post to favorites

Alergi dan Sistem Imun

Tahukah anda bahawa alergi dikaitkan dengan sistem imun? Selalunya apabila Si Manja mempunyai alergi, ia terhasil daripada sistem imun mereka yang bertindak balas secara berlebihan.

4 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Tahukah anda bahawa alergi dikaitkan dengan sistem imun? Selalunya apabila Si Manja mempunyai alergi, ia terhasil daripada sistem imun mereka yang bertindak balas secara berlebihan. Alergen biasanya ialah bahan yang tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, apabila kanak-kanak alergi kepada bahan tersebut, sistem imun menghasilkan antibodi untuk melindungi Si Manja dengan menyerang alergen tersebut. Jika mereka mempunyai alergi dan mengalami alergen, ia mungkin mengakibatkan tindakbalas seperti gatal-gatal, hidung berair, semput atau gejala lain yang lebih teruk. Alergen biasa termasuklah hama habuk, acuan, bulu haiwan dan debunga pokok.

Sistem Imun Si Manja
Sistem imun ialah bahagian yang sangat penting dalam badan Si Manja. Ia membantu mencegahkan mikroorganisma berjangkit dan berbahaya daripada memasuki badan dan memusnahkan mikroorganisma berbahaya yang masuk. Pendek kata, ia membantu melindungi Si Manja daripada jangkitan atau penyakit. Itulah sebabnya sistem imun boleh tersilap mengenal pasti alergen sebagai penceroboh yang berbahaya dan bertindak balas dengan perlindungan antibodi.

Jenis-jenis Alergi

Alergen Bawaan Udara
Alergen yang melalui bawaan udara boleh menyebabkan reaksi alergi apabila menarik nafas. Contoh-contoh alergen bawaan udara termasuklah hama habuk, debunga, kulat, dan alergen binatang peliharaan. Apabila terdedah kepada alergen bawaan udara, Si Manja mungkin menghadapi kesukaran bernafas, berdehit atau bersin.

Alahan makanan
Alergi makanan berlaku apabila anda makan makanan yang anda alergi seperti susu lembu, telur, kerang, makanan laut yang lain dan kekacang. Semua ini boleh menyebabkan gejala-gejala seperti gatal-gatal, kulit gatal, dan cirit-birit apabila dimakan.

Alergen lain
Si Manja juga mungkin alergi kepada bahan-bahan lain di rumah. Contohnya, beberapa jenis ubat boleh menyebabkan reaksi alergi. Terdapat juga bahan kimia yang boleh menyebabkan reaksi alergi seperti bahan pencuci pakaian. Dalam kes seperti ini, anda perlu dapatkan nasihat daripada doktor.

Dari manakah alergi muncul?
Penyakit atopik atau alergi boleh diwarisi. Contohnya, jika anda dan pasangan anda mempunyai alergi, Si Manja mungkin mempunyai risiko alergi yang lebih tinggi. Jika anda sahaja yang mempunyai alergi, Si Manja akan mempunyai 20-40% risiko alergi juga. Jika anda dan pasangan anda mempunyai alergi, Si Manja berpeluang besar (50-80%) akan mempunyai alergi juga.

Apa yang boleh dilakukan dengan alergi?
Risiko alergi boleh dikurangkan. Hasil yang terbaik datang daripada diagnosis awal. Sejarah keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan risiko alergi, langkah pertama dan mungkin yang paling asas adalah dengan mengkaji semula sejarah keluarga kedua-dua ibu bapa. Gunakan Pengesan Risiko Alergi (ART) untuk membantu anda mengenal pasti risiko alergi pada Si Manja.

Pengambilan protein yang tepat dalam pemakanan Si Manja boleh membantu mengurangkan risiko alergi. Tidak semua protein adalah sama. Sains telah membuktikan bahawa protein yang dipecahkan menjadi lebih kecil adalah lebih mudah untuk dihadam berbanding susu lembu biasa. NANKID® OPTIPRO® HA 3 menggunakan Kamajuan Protein Terkini dari Nestlé di mana protein dipecahkan kepada 10x lebih kecil melalui teknologi hidrolisis. NANKID® OPTIPRO® HA 3 juga mengandungi Protein Separuh Hidrolisis, 50mg DHA & ARA** dan 100 juta bakteria berfaedah BIFIDUS BL**.

**Setiap 100g susu tepung


Rujukan:
1. Exl BM and Fritsché R. Cow’s Milk Protein Allergy and Possible Means for Its Prevention. Int J Applied Basic Nutr Sci 2001;17:642-651.
2. Aberg N, Sundell J, Eriksson B et al. Prevalence of allergic diseases in schoolchildren in relation to family history, upper respiratory infections, and residential characteristics. Allergy 1996;51:232-237.
3. Bergmann RL, Edenharter G, Bergmann KE et al. Predictability of early atopy by cord blood-IgE and parental history. Clin Exp Allergy 1997;27:752-760.
4. Hays T and Wood RA. Arch Pediatr Adolesc Med 2005;159:810-816.
5. Tariq SM, Matthews SM, Hakim EA et al. The prevalence of and risk factors for atopy in early childhood: A whole population birth cohort study. J Allergy Clin Immunol 1998;101:587-593.
6. Wahn U, Bergmann RL and Nickel R. Early life markers of atopy and asthma. Clin Exp Allergy 1998;28:20-21.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.