Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
A mother recovering from excessive postpartum bleeding

Pendarahan Selepas Kelahiran: Apa yang Perlu Anda Tahu dan Bagaimana untuk Mengendalikannya

 

Pendarahan selepas kelahiran adalah salah satu perubahan dalam badan anda yang tidak dijangka selepas bersalin. Selepas sembilan bulan mengandung dan bebas haid, ianya boleh memberikan rasa janggal apabila melihat lelehan keluar daripada faraj.

Pendarahan selepas kelahiran adalah salah satu perubahan dalam badan anda yang tidak dijangka selepas bersalin. Selepas sembilan bulan mengandung dan bebas haid, ianya boleh memberikan rasa janggal apabila melihat lelehan keluar daripada faraj. Jadi bagi sesetengah wanita, apabila pendarahan selepas kelahiran berlaku, ianya mengejutkan apabila melihat pendarahan yang begitu banyak melimpah.. Tetapi para ibu tidak perlu takut, pendarahan postpartum ini bukanlah keadaan pelik yang berlaku secara tiba-tiba. Malah, ia berlaku kepada semua wanita yang bersalin.


Misteri Lokia
Selepas bersalin, anda akan mengalami lelehan darah, lendir dan tisu. Ia dikenali sebagai lokia. Walaupun ia mungkin kelihatan seperti satu proses yang menakutkan dan merasakan seperti anda mengalami pendarahan kering, ia berlaku kerana tempat plasenta melekat sedang dalam proses penyembuhan. Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana proses ini mengambil masa antara satu hingga enam minggu selepas bersalin.

Untuk beberapa hari pertama selepas bersalin, lokia akan menjadi merah terang dan kelihatan seperti haid yang berat. Anda akan mempunyai lelehan yang kurang sedikit setiap hari dan lokia akan bertukar menjadi merah jambu pucat dan kemudian putih kuning.


Apa yang boleh saya lakukan?
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian apabila mengendalikan lokia anda.

  • Gunakan hanya tuala wanita materniti sekurang-kurangnya enam minggu selepas bersalin. Anda boleh dapatkannya dan beralih kepada pad apabila lokia berkurangan.
  • Tampon adalah tidak dibenarkan. Anda tidak menginginkan bakteria masuk ke dalam rahim anda dan mendapat jangkitan.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan mengelakkan berdiri dan berjalan berlebihan. Anda boleh menggunakan ia sebagai alasan untuk mendapatkan bantuan daripada pasangan anda untuk buat kerja-kerja rumah.
  • Pundi kencing yang penuh akan menyukarkan rahim anda untuk mengecut dan sembuh, jadi anda perlulah kerap ke tandas.


Bagaimana saya tahu jika ada sesuatu yang tidak kena?
Biasanya, lokia bukanlah satu perkara yang perlu dibimbangkan. Namun, anda perlu menghubungi profesional kesihatan anda jika mana-mana yang berikut berlaku ketika pendarahan postpartum:

  • Aliran menjadi merah cerah selepas seminggu. Jika ia bertukar coklat dan kemudian bertukar merah secara tiba-tiba, ia mungkin bermakna rahim anda tidak sembuh.
  • Lelehan discaj yang berterusan atau berbau busuk ialah tanda bahawa penyembuhan serviks tidak lengkap atau jangkitan faraj.
  • Pendarahan berat yang abnormal terutamanya jika anda guna lebih daripada dua pad dalam setengah jam.


Jika anda baru sahaja bersalin, janganlah rasa tertekan terhadap lokia. Fokus pada perkara yang lebih indah seperti merasakan kegembiraan memegang bayi anda yang baru lahir atau memerhati mereka tidur. Jika anda berasa tidak selesa dengan pendarahan postpartum, atau jika anda memerlukan nasihat, anda boleh menghubungi pakar kesihatan anda.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.