Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
Father spending time with baby during paternity leave

Apa yang Perlu Dilakukan Selepas Kelahiran Bayi: Meluangkan Masa Cuti Paterniti anda dengan Bijak

 

Cuti paterniti adalah satu peluang untuk bapa baru untuk meluangkan masa bersama bayi yang baru lahir dan membantu pasangannya di rumah.

Cuti paterniti adalah satu peluang untuk bapa baru untuk meluangkan masa bersama bayi yang baru lahir dan membantu pasangannya di rumah. Walaupun beberapa bapa mungkin telah merancang masa mereka, tetapi ada juga yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan semua masa terluang di rumah. Berikut adalah beberapa cara untuk meluangkan cuti paterniti anda.


Membantu Pasangan di Rumah

A father ironing clothes

Dalam beberapa hari pertama selepas bersalin, pasangan anda pasti menghargai segala bantuan di rumah. Apabila dia perlukan rehat, anda boleh bantu menjadi seorang bapa yang cekap. Lagipun, menjaga bayi bukanlah kerja seorang ibu sepanjang masa. Anda boleh tolong menukarkan lampin dan mandikan. Apabila terdengar Si manja menangis, anda orang yang perlu sentiasa memeriksa mereka. Jangan takut untuk menjaga bayi anda bersendirian, inilah langkah-langkah pembelajaran. Tambahan pula, anda akan menghargai masa bersama bayi anda setelah pulang dari kerja. Anda juga boleh membantu pasangan anda dengan melakukan kerja-kerjanya di rumah.


Luangkan Masa dengan Keluarga Anda

Father playing with family during his paternity leave

Hari cuti anda adalah masa yang baik untuk meluangkan masa bersama keluarga baru anda, terutamanya bayi baru anda. Pergi berjalan-jalan ke taman dengan pasangan anda dan bayi anda. Anda mungkin memerlukan nafas udara segar setelah sekian lama terkurung di rumah. Ia juga merupakan cara terbaik untuk bersenam dan mengurangkan tekanan. Jika anda meluangkan masa bersama bayi anda, belajar tentang apa yang membuatkan bayi anda gembira. Ketahui bagaimana untuk membuai bayi anda sehingga tidur.


Pastikan Asmara Sentiasa Berputik

Parents out on a date

Anda dan pasangan masih lagi boleh bergembira selepas bayi anda dilahirkan. Pergi temu janji biasa bersama bayi anda di dalam lengan sling. Jika anda berada di rumah, tonton filem bersama-sama ketika malam. Sedangkan suatu petang di taman masih lagi romantis bagi anda berdua.

Anda boleh merancang cuti paterniti anda dengan lebih teliti tetapi kadang-kadang ia tidak juga akan mengikut perancangan. Jangan berasa tertekan dengan perkara sebegini. Hanya pastikan untuk melakukan dengan sebaik mungkin dan meluangkan masa yang ada bersama keluarga anda.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.