Bagaimana untuk memastikan Si Manja anda tidur sepanjang malam?
Amalan tidur yang baik boleh membantu tumbesaran yang sihat.
Tidur yang berkualiti dan mencukupi amat penting. Ia dapat mempengaruhi memori, tingkah laku, mood dan kebolehan untuk belajar Si Manja anda.
Dengan usaha yang sedikit, anda boleh membantu Si Manja anda mendapatkan amalan tidur yang mencukupi untuk membantu tumbesaran yang sihat mereka.
Amalan tidur yang baik bermula sebelum waktu tidur menjelma.
Di sini adalah cara-caranya:
Persediaan untuk tidur - sejam sebelum waktu tidur:
• Basahkan kepala dan cuci segala kotoran di badan Si Manja sebagai persediaan untuk tidur yang lena.
• Pakaikan baju tidur untuk Si Manja.
• Hentikan segala permainan dan tutup segala barang elektronik seperti televisyen.
• Tutup atau malapkan lampu bilik tidur.
• Pastikan bilik tidur sentiasa sejuk.
• Pasangkan lagu tidur untuk kanak-kanak jika boleh.
• Bacakan cerita untuk Si Manja.
Kekal pada jadual waktu yang sama. Tidurkan Si Manja anda pada waktu yang sama setiap hari.
Bantu Si Manja anda tidur dengan sendirinya. Teman mereka agar mereka lebih selesa untuk tidur.
Sediakan lampu tidur agar mereka selesa jika terbangun di tengah malam dan mendapati suasana terlalu gelap.
Elakkan dari membuka televisyen untuk membantu Si Manja anda tidur. Jika boleh, jangan letak televisyen di ruang tidur.
Jarakkan waktu tidur singkat dengan tidur pada waktu malam kerana ia akan menggendalakkan amalan tidur Si Manja.
Kepentingan waktu tidur yang baik
Seperti orang dewasa, Si Manja anda juga perlukan tidur yang mencukupi.
Mendapatkan tidur yang cukup dan selesa adalah penting untuk Si Manja anda, kerana mereka memerlukan tenaga yang cukup untuk keesokan harinya.
Membantu Si Manja anda tidaklah semudah yang disangka. Anda boleh jadikan ia satu aktiviti yang menyeronokkan. Berikut adalah beberapa cara.
Redakan Suasana |
Pasangkan lagu tidur dan malapkan lampu |
Naikkan Suasana Tidur |
Berbual dengan Si Manja tentang apa yang Si Manja ingin mimpikan semasa memakaikan baju tidur untuk Si Manja |
Berikan peneman tidur kesukaan Si Manja |
Sama ada mainan kesukaan, bantal atau sesiapa sahaja untuk membantu Si Manja tidur |
Jadikan waktu tidur satu kesukaan untuk Si Manja |
Bacakan buku cerita sebagai peneman Si Manja untuk tidur. |
Peluk Si Manja agar selesa |
Pelukan sentiasa membuatkan Si Manja selesa dan senang untuk lena. |
Selain daripada cara-cara di atas, anda juga boleh belajar apa yang membantu Si Manja anda untuk tidur dan mengamalkan cara tersebut untuk membantu Si Manja anda tidur. Jadikan ia satu amalan sehingga Si Manja tahu apa yang anda harapkan daripada mereka.
Corak tidur mengikut umur
Dari 6 - 12 bulan
Pada umur ini, Si Manja anda akan tidur selama 15 jam sehari. Secara amnya, tidur mereka boleh dibahagi kepada dua sesi iaitu tidur singkat selama beberapa jam pada waktu siang dan tidur yang panjang pada waktu malam. Walau bagaimanapun, mereka akan menemui corak tidur mereka dengan sendirinya dan akan mengikuti corak tersebut.
Dari 1 ke 3 tahun
Kadangkala pada umur ini, Si Manja tidak mahu tidur kerana dia tidak mahu berpisah anda. Pada waktu ini, Si Manja akan tidur sebanyak 13-15 jam sehari dan akan tidur singkat sekali pada waktu tengah hari.
Waktu tidur
Si Manja anda perlu berasa selesa dan disayangi sebelum mereka tidur dengan lena sepanjang malam. Ia agak payah untuk Si Manja berpisah dengan ibu atau ayah pada waktu malam. Pelukan, lagu tidur dan bacaan buku cerita boleh membantu Si Manja tidur dengan lebih cepat.
Si Manja yang menjadi lebih aktif pada waktu malam. Mandi sebelum tidur amat berkesan untuk mereka. Selepas mandi, Si Manja akan menjadi lebih selesa dan bersedia untuk tidur. Elakkan daripada merosakkan amalan tidur mereka kerana Si Manja akan menjadi biasa dengan aktiviti yang menggangu amalan tidur mereka.
Membantu Si Manja tidur anda adalah satu peluang untuk menjadikan Si Manja lebih berdikari. Mereka perlu belajar bagaimana untuk tidur dengan sendirinya. Selimut memainkan peranan yang agak penting di sini. Semakin Si Manja anda membesar, mereka mungkin akan memberitahu anda mengenai aktiviti mereka sepanjang hari dan meminta anda membacakan buku cerita untuknya. Waktu tidur ketika itu akan menjadi lebih istimewa buat anda dan Si Manja.
Apabila Si Manja bangun pada tengah malam
Terdapat pelbagai sebab kenapa Si Manja anda terjaga pada tengah malam. Antaranya ialah gigi Si Manja sedang tumbuh, pemakanan yang berbeza dan juga ketakutan untuk berseorangan. Perkara-perkara ini boleh menggendalakan amalan tidur Si Manja. Si Manja mungkin akan menangis keseorangan. Elakkan diri masuk ke bilik Si Manja secara terburu-buru kerana Si Manja akan tahu bahawa tangisannya boleh menarik perhatian anda.
Jika tangisan mereka berterusan, periksa keadaan Si Manja anda. Pujuk mereka tanpa membuka lampu dan membuat bising. Elakkan untuk membawa Si Manja tidur sekatil dengan anda supaya Si Manja tidak terbiasa.
Apabila Si Manja Membesar
Apabila Si Manja membesar, waktu tidur bermaksud waktu berhenti bermain. Ini akan menyebabkan mereka kurang suka waktu tidur. Anda perlu pujuk mereka secara berterusan dengan lembut. Anda boleh sediakan jadual tidur. Anda perlu tegas dan elakkan daripada mengikuti segala permintaan Si Manja.
Pada peringkat ini, Si Manja mahu melambatkan masa tidur mereka kerana mereka ingin terus bermain. Namun dalam sesetengah kes, mungkin ada sesuatu yang mereka takuti. Elakkan daripada menghukum dan memarahi mereka. Jangan menjerit kepada Si Manja anda.
Tidur adalah suatu yang boleh mendatangkan keselesaan kepada Si Manja anda.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.