9 Tip-tip Mudah untuk Kesejahteraan Anak Anda
Langkah-langkah perlindungan berikut mudah untuk diamalkan untuk memastikan kehidupan yang selamat dan sihat untuk anda dan Si Manja.
1. Dapatkan nutrisi yang baik: Nutrisi yang baik penting untuk memastikan anak anda membesar dengan sihat. Berikan Si Manja makanan yang seimbang dan pelbagai, termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin bayi serta probiotik.
2. Vaksinasi untuk anak-anak anda: Bincanglah dengan pakar kesihatan anda untuk merancang jadual vaksinasi yang diperlukan oleh Si Manja. Vaksinasi berkala adalah penting dalam melindungi kesejahteraan anak anda, dan melindunginya daripada penyakit-penyakit yang boleh dicegah.
3. Pastikan tangan anda bersih: Sebelum mengendalikan anak anda, basuh tangan anda betul-betul dengan air dan sabun sekurang-kurangnya dua puluh saat. Setiap ahli keluarga perlu membersihkan tangan mereka sebelum menyentuh, memberi makan, atau memegang Si Manja.
4. Elakkan pendedahan kepada orang sakit: Jangan biarkan orang yang sakit mengendalikan anak anda atau alat-alat permainannya. Jika anda perlu membawa anak anda keluar bermain, elakkan tempat-tempat yang sesak dan pergilah ke tempat-tempat yang mempunyai ruang yang banyak dan udara yang segar.
5. Gunakan pembersih sanitizer tangan: Amalkan penggunaan pembersih sanitizer tangan untuk masa-masa di mana ia sukar untuk membasuh tangan anda. Gunakan pembersih sanitizer selepas menggunakan mesin ATM, atau pam petrol, memegang pemegang tangan eskalator atau troli membeli-belah di pusat membeli-belah atau selepas menandatangani slip kad kredit. Tangan yang bersih akan membantu menyokong kesejahteraan anak anda dan melindunginya daripada kuman. Walau bagaimanapun, anda harus ingat bahawa pembersih sanitizer ini biasanya tidak digalakkan untuk digunakan pada kanak-kanak.
6. Gunakan tisu basah: Apabila alat-alat permainan anak anda, puting, atau botol susunya terjatuh ke atas lantai, bersihkan alat-alat tersebut dengan tisu basah sebelum menyerahkannya semula kepada anak anda. Gunakan tisu basah ini juga untuk membersihkan meja atau kerusi tinggi kanak-kanak sebelum menggunakannya di restoran. Pastikan tisu basah yang digunakan adalah sesuai untuk kanak-kanak.
7. Jauhi dari tempat-tempat yang berasap rokok: Hanya 15 peratus daripada asap rokok disedut oleh perokok, manakala bakinya 85 peratus berada di persekitaran. Jika anda melihat seseorang yang merokok, jauhkan anak anda daripada mereka. Anak anda tidak sepatutnya terdedah kepada asap rokok.
8. Alas permukaan di tempat-tempat awam: Pastikan alas menyalin, selimut, atau tuala digunakan untuk mengalas permukaan-permukaan seperti kerusi tinggi atau meja di tempat awam sebelum anak anda menggunakannya. Selepas diguna, buangkan alas pakai guna ke dalam beg plastik atau lapkan alas menyalin sebelum diguna semula.
9. Lindungi anak anda dari cahaya matahari langsung: Pada waktu 10:00-04:00, cahaya matahari berada pada puncaknya dan boleh merosakkan kulit dan mata. Lindungi anak anda daripada sinaran UV dengan pakaian berlengan panjang dan seluar panjang. Topi rim lebar dan krim penapis matahari adalah disyorkan.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.