9 Langkah untuk Memastikan Si Manja Kekal Sihat dan Selamat
Menyediakan suasana yang selamat untuk pembelajaran Si Manja
Si Manja anda dalam proses mempelajari cara-cara untuk berjalan, memanjat dan berlari. Si Manja menjadi lebih aktif dan menggunakan deria mereka untuk menerokai dunia di sekelilingi mereka. Kebiasaannya pada peringkat ini, Si Manja lebih bersikap ingin tahu dan ingin cuba pelbagai benda baru. Dengan sikap ingin tahu ini, ia akan membawanya ke tempat-tempat yang kurang selamat di dalam rumah anda.
Anda boleh memberi galakan kepada Si Manja, namun anda perlu memastikan yang Si Manja tidak terdedah kepada bahaya dan kecederaan. Berikut beberapa langkah yang boleh anda ikuti dalam usaha anda menyediakan persekitaran yang selamat untuk Si Manja.
Bermain adalah aktiviti utama Si Manja
Bermain adalah sesuatu yang memberi kepuasan kepada Si Manja. Ia adalah satu aktiviti yang membawa pengaruh yang besar dalam perkembangan minda Si Manja. Apabila Si Manja bermain, mereka sebenarnya sedang menjadi diri mereka yang sebenar dan Si Manja juga sedang belajar untuk menghadapi kekecewaan. Perubahan sikap yang ditunjuk oleh Si Manja ketika bermain adalah sesuatu yang normal. Tabiat, kemahiran dan sikap Si Manja akan dibentuk ketika proses ini dan mungkin akan berpanjangan. Si Manja tidak perlu diajar bagaimana untuk bermain. Mereka hanya perlu menggunakan daya kreativiti dan imaginasi mereka untuk mencipta sesuatu. Walaupun bermain ini penting untuk kita semua, tetapi ia amat bermakna bagi Si Manja. Si Manja sebenarnya sedang berusaha keras untuk berimaginasi ketika bermain. Anda perlu memastikan Si Manja selamat dalam masa bermain.
• Berjaga-jaga dengan semua bahan yang beracun, punca elektrik, bucu tajam dan segala yang mungkin berbahaya kepada Si Manja.
• Sediakan pelindung untuk punca elektrik. Simpan segala wayar dan kabel.
• Jangan biarkan objek yang berkemungkinan bahaya kepada Si Manja (objek tajam atau mudah ditelan).
• Ajar Si Manja tentang pintu, pembakar, kipas dan semua objek yang berkemungkinan bahaya kepada Si Manja. Ajar bagaimana objek ini berfungsi dan tekankan bahawa objek ini bukannya mainan.
• Jika rumah anda ada tangga, gunakan penghadang tangga sehingga Si Manja boleh menggunakan tangga tanpa sebarang bantuan.
• Selalu buang dan kosongkan tong sampah. Jangan biarkan Si Manja bermain di kawasan sekitar tong sampah.
• Gunakan pencuci dan cat yang tidak mempunyai toksik.
• Pastikan anda membersihkan persekitaran ruang bermain Si Manja dengan selalu. Si Manja anda berkemungkinan menyentuh dan memasukkan segala benda yang mereka jumpa ke dalam mulut.
• Kekalkan persekitaran yang bebas daripada asap rokok untuk Si Manja. Perokok pasif lebih berkemungkinan untuk mendapat jangkitan telinga dan peparu.
• Kanak-kanak tadika memerlukan sekurang-kurangnya 60 minit masa untuk bersenam. 30 minit daripada masa ini boleh digunakan untuk bermain.
Si Manja dan kuman memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi anda tidak perlu bimbang, jika anda sering mengutamakan kebersihan dan menyediakan makanan yang sihat, anda boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku.
Ajar Si Manja untuk membasuh tangan dengan betul
Basuh tangan dengan menggunakan air suam dan sabun selama 20 saat. Terangkan kepada Si Manja keperluan untuk membasuh tangan dengan betul. Galakkan Si Manja untuk membasuh tangan setiap kali sebelum dan selepas makan, selepas menggunakkan tandas, dan selepas bermain di luar rumah atau dengan haiwan perliharaan. Ini akan memastikan Si Manja selamat daripada jangkitan kuman.
Beri Si Manja makanan yang sihat
Apabila jantung Si Manja berdenyut dengan pantas akibat daripada senaman, dia akan menjadi lebih kuat. Semakin banyak senaman yang dilakukan, otot Si Manja semakin kuat.
Kanak-kanak yang aktif akan menjadi seorang dewasa yang Sihat
Badan Si Manja sebenarnya tersimpan tenaga yang besar walaupun badannya kecil. Jika Si Manja kekal aktif selama beberapa tahun, mereka akan membesar menjadi seorang dewasa yang sihat dan aktif.
Apakah kelebihan bersenam?
Secara naluri, Si Manja lebih berminat untuk berlari, melompat dan bermain. Kepada mereka, aktiviti-aktiviti tersebut adalah senaman. Lebih banyak aktiviti fizikal yang dilakukan, lebih banyak kemahiran Si Manja dapat belajar. Tetapi semua itu boleh berubah jika Si Manja duduk di hadapan televisyen terlalu lama.
Adakah anda tahu Si Manja yang aktif lebih cenderung untuk:
• Mempunyai badan yang ramping dengan tulang dan otot yang kuat
• Mendapat berat badan yang seimbang
• Tidur yang lebih lena
• Mengelakkan masalah yang berkaitan dengan kegemukan seperti penyakit jantung
• Mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi
• Menjadi lebih peka
Masa yang ideal untuk Si Manja bersenam
Kanak-kanak yang baru belajar berjalan memerlukan lebih kurang 30 minit senaman ringkas sehari. 30 minit ini boleh dibahagikan kepada 15 minit untuk masa bermain.
Kanak-kanak prasekolah pula memerlukan 60 minit senaman ringkas. Ia boleh dibahagikan kepada 30 minit untuk masa bermain setiap kali.
Apakah jenis senaman atau aktiviti yang boleh dilakukan oleh Si Manja?
Setiap kanak-kanak mempunyai cara masing-masing untuk membesar. Jadi ia penting untuk anda kenal pasti apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Si Manja anda mengikut kesesuaian umur mereka.
Secara amnya, Si Manja boleh melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan, melompat, memanjat, menendang dan membaling bola. Mengenal pasti kebolehan Si Manja akan membantu anda untuk menyediakan aktiviti yang boleh dilakukan Si Manja.
Bagaimana untuk memupuk Si Manja bersenam?
Cara yang terbaik untuk Si Manja menikmati waktu bersenam adalah apabilah anda turut serta bermain bersama Si Manja.
• Bermain bola dengan Si Manja, biar mereka menangkap bola tersebut.
• Tutup televisyen.
• Bermain dengan kanak-kanak lain yang lebih besar.
• Biarkan mereka bermain dengan tanah dan kekotoran. Tetapi pastikan Si Manja tidak memasukkan tanah atau kotoran tersebut ke dalam mulut mereka.
• Biarkan Si Manja anda bermain dengan air. Kanak-kanak yang sudah boleh duduk dengan sendirinya pasti suka untuk bermain di dalam kolam. Letakkan beberapa mainan kesukaan Si Manja di dalam kolam tersebut. Perhatikan Si Manja anda kerana jika Si Manja tidak belajar bagaimana untuk berenang, air boleh menjadi berbahaya kepada mereka.
Anda juga adalah contoh terbaik bagi Si Manja. Jika anda menunjukkan anda juga menikmati aktiviti senaman, Si Manja juga akan tertarik untuk melakukan aktiviti tersebut.
Tahukah anda?
Apabila jantung Si Manja berdegup dengan cepat daripada senaman, ia akan menjadi lebih kuat kerana jantung ialah otot yang terbesar di dalam badan. Apabila otot anda kerap digunakan, ia akan menjadi lebih kuat.
9 Langkah untuk Memastikan Si Manja anda Kekal Sihat
Dalam masa anda dan Si Manja anda membesar, langkah-langkah mudah yang berikut akan menjadi kebiasaan bagi anda.
1. Dapatkan nutrisi yang betul – Nutrisi yang baik adalah penting untuk memastikan Si Manja membesar dengan sihat. Rancangkan makanan Si Manja dengan pemakanan seimbang yang pelbagai seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin bayi dan probiotik. Probiotik adalah bakteria berfaedah untuk menyokong usus Si Manja yang sihat.
2. Vaksin berjadual: Pastikan Si Manja anda mengambil vaksin secara berjadual dan membuat pemeriksaan di klinik. Jika ia membantu, sediakan satu nota di dalam telefon bimbit anda atau diari anda.
3. Sentiasa membersihkan tangan: Untuk menjadikan ia lebih berkesan, basuh tangan anda secara menyeluruh dan gunakan sabun selama 20 saat. Jika boleh, pastikan setiap orang membasuh tangan mereka sebelum memegang Si Manja.
4. Elakkan Si Manja dari terdedah kepada kemungkinan jangkitan penyakit dari orang lain.
5. Gunakan pembersih kuman: Bila anda tidak berkesempatan untuk membasuh tangan, gunakan pembersih kuman. Gunakan ia selepas mengisi minyak, menanda tangan slip kad kredit dan sebagainya. Namun, pembasmi kuman tidak digalakkan untuk Si Manja.
6. Menggunakan tisu bebas kuman: Anda digalakkan untuk menyimpan stok tisu bebas kuman. Gunakan ia untuk mengelap mainan Si Manja, botol susu dan sebagainya.
7. Elakkan dari tempat orang merokok: Perokok utama hanya menyedut 15% dari bahan kimia asap rokok tersebut. Baki 85% disedut oleh perokok pasif. Jauhkan Si Manja dari asap rokok.
8. Menggunakan pelapik: Pastikan anda meletakkan pelapik di antara Si Manja dan objek di tempat awam. Basuh pelapik tersebut setiap hari.
9. Lindungi Si Manja dari Panas Terik Matahari: Di Antara 10 pagi ke 4 petang, cahaya matahari menjadi terik dan panas. Pakaikan Si Manja pakaian yang tidak terlalu tebal dan jika perlu, pakaikan topi untuk Si Manja.
Membaca adalah bagus untuk Minda Si Manja
Si Manja akan cepat terpengaruh dengan bunyi. Sebab itu walaupun baru berusia beberapa bulan, Si Manja akan suka melihat lukisan dan mendengar suara anda. Perbuatan ini sebenarnya dilakukan oleh Si Manja kerana mereka sedang belajar untuk berkomunikasi.
Anda dah mula mengajar Si Manja untuk membaca. Membaca boleh merangsangkan minda Si Manja. Lebih banyak anda merangsangkan minda Si Manja, lebih cepat Si Manja belajar.
Bagaimana untuk memupuk minat membaca Si Manja?
Jika anda boleh menjadikan membaca sesuatu yang menarik minat dan perhatian Si Manja, Si Manja akan menjadi sihat dan bijak. Tarik perhatian Si Manja kepada membaca sebagaimana taman permainan menarik perhatian mereka.
Berikut adalah beberapa cadangan yang anda boleh ikuti.
• Membaca secara rancak: Si Manja akan fikir bahawa membaca adalah aktiviti yang menyeronokkan jika anda menggunakkan expresi untuk mengembirakan Si Manja semasa anda membaca. Ini juga akan memegang perhatian mereka dengan lebih lama.
• Ambil giliran: Ibu dan bapa perlu mengambil giliran membaca buku kepada Si Manja. Ini akan menarik lagi minat Si Manja.
• Mulakan dengan cerita yang mudah difahami dan pendek: Adalah digalakkan untuk anda membaca satu per satu perkataan kepada Si Manja. Terangkan setiap maksud perkataan kepada Si Manja dengan menggunakan gambar.
• Pelbagaikan bahan bacaan: Pelbagaikan bahan bacaan untuk Si Manja. Dengan melakukan ini juga membantu anda mengenal pasti minat Si Manja.
• Ulang cerita: Bersedia untuk membaca cerita yang sama berulang kali. Walaupun anda mungkin bosan dengan cerita yang sama, namun jika Si Manja anda berminat untuk mendengar cerita tersebut, apa salahnya?
• Jadikan ia satu amalan: Tetapkan satu masa untuk membaca satu cerita setiap hari. Contohnya, sebelum Si Manja tidur.
• Kurangkan waktu menonton televisyen: Berbanding memupuk minat Si Manja ke arah menonton televisyen, lebih baik anda memberi sebuah buku kepada Si Manja.
• Terokai kedai-kedai buku: Bawa Si Manja yang sudah minat membaca ke kedai-kedai buku atau perpustakaan agar mereka boleh menikmati pelbagai suasana membaca.
• Penting untuk anda kenal pasti apa cerita yang menarik minat Si Manja dan bacakan untuknya.
Tahukah anda?
Anda adalah guru pertama Si Manja!
Tip kreatif
Sementara Si Manja sedang membesar, dia sudah mula mengenali gambar. Sediakan satu gambar Si Manja dan tuliskan nama Si Manja di bawah gambarnya. Sebutkan dan ejakan nama tersebut sambil anda menunjukkan gambar tersebut kepada Si Manja. Ulang perbuatan ini sekerap mungkin. Anda mungkin terkejut apabila perkataan pertama yang Si Manja sebut ialah namanya sendiri.
Untuk ibu bapa yang mempunyai Si Manja yang sudah besar
Jika anda membaca artikel ini buat kali pertama dan Si Manja anda sudah membesar, ia masih belum terlewat. Anda masih boleh memupuk minat Si Manja dalam amalan-amalan yang berfaedah.
Walau bagaimanapun, membaca merupakan satu aktiviti yang sangat baik untuk anda luangkan masa bersama Si Manja. Nikmatilah masa tersebut sebaiknya!
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.