Feed icon
Artikel

Minggu ke-5 kehamilan: Perkembangan dan diet

Walaupun hanya sekitar saiz sebesar kacang, anak anda berkembang dengan begitu cepat. Itulah hakikatnya! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

2 minit
hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-5

Hi bertemu lagi! Semoga ceria selalu.

Dalam minggu ke-5 kehamilan anda mungkin merasa sesuatu telah berubah. Kebanyakan ibu boleh merasakannya, walaupun pada peringkat awal ini. Mungkin anda berasa lebih stres atau cepat ‘naik angin’ daripada biasa. Ini disebabkan oleh perubahan hormon yang boleh menjejaskan bukan sahaja mental anda tetapi juga menunjukkan tanda-tanda fizikal tertentu. Payudara mungkin berasa kenyang, dan sesetengah wanita berasa seperti ditarik-tarik, atau sakit sedikit di bahagian pelvis yang disebabkan oleh aliran darah yang intensif. Semuanya adalah perkara biasa dan ia merupakan sebahagian daripada proses kehamilan anda.

Perubahan diri anda tentunya boleh dilihat, tetapi otak anak anda berkembang pantas dengan kemunculan hemisfera serebrum, kedua-dua belah yang akan membentuk otaknya. "Organ-organ akal" turut terbentuk, dengan urat besar mata dan telinganya serta permulaan perkembangan hidung dan mulut serta wajahnya. Menariknya, sistem pulmonari dan pencernaannya juga terbentuk sedikit demi sedikit. Jantung anak anda kini telah berkembang dan lebih menonjol - jika anda membuat ujian ultrasound pada peringkat ini, anda akan melihat dengan jelas jantungnya berdegup! Di dalam rahim anda, si manja mula terbentuk perlahan-lahan.

PEMAKANAN

Anda mungkin berasa loya. Ya, ini tentunya disebabkan oleh alahan mengandung atau biasa dipanggil morning sickness. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesannya. Pertama sekali, jangan abaikan sarapan pagi walaupun dengan mengambil sedikit makanan boleh membantu mengurangkan rasa loya. Anda juga boleh cuba membahagikan hidangan anda. Contohnya, ambil hidangan ringan pertengahan pagi dan petang sebagai tambahan kepada 3 hidangan utama anda. Satu perkara penting yang perlu diingat - minum air secukupnya untuk kekal terhidrat.

TIP

Adakah anda tahu bahawa perisa dari makanan anda boleh memasuki uri? Oleh itu, dalam beberapa minggu apabila deria rasa anak anda berkembang, kecenderungan citarasanya setelah lahir boleh dipengaruhi oleh apa yang anda makan semasa hamil. Jika anda mengambil makanan yang kuat berperisa seperti bawang putih atau rempah, anda mungkin mengajar si manja anda untuk mengemari rasa yang sama.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.