MyFeed Personalized Content
Selepas bersalin
Artikel

PLAYING: 4 Tips for Mothers When You’re Lactating

Add this post to favorites

4 Tip untuk Ibu yang Menyusu

Dalam perjalanan seorang ibu, anda mungkin menanti-nantikan untuk penyusuan.

3 minit hingga baca Feb 19, 2021

Dalam perjalanan seorang ibu, anda mungkin menanti-nantikan untuk penyusuan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun (atau lebih) di samping memberi makanan pelengkap . Ternyata ia adalah sumber nutrien yang terbaik untuk Si Manja anda dan merupakan cara semula jadi untuk menyusukan mereka. Anda mungkin tidak sabar untuk memulakan proses ini. Mengikut gambar-gambar di internet, ia mungkin kelihatan mudah seperti mendekatkan anak anda kepada payudara anda. Namun, kadang-kala anda mungkin dapati menyusu adalah satu cabaran. Berikut adalah beberapa tip penyusuan yang dapat membantu anda.


1. Sediakan payudara anda

Jika anda fikir dengan menggosok puting anda akan membantu mengelakkan kesakitan pada kemudian hari, anda telah silap. Untuk mengelakkan kesakitan puting anda, ia disarankan agar Si Manja anda melekap dengan betul. Kita ceritakan selanjutnya selepas ini. Apa yang anda boleh lakukan untuk merehat dan menyediakan payudara anda adalah dengan mengurutnya. Usap payudara anda dalam gerakan membulat, dari luar payudara dan bergerak ke dalam. Ulang dari sudut lain dan teruskan proses sehingga anda meliputi seluruh payudara.


2. Bersedia dari segi mental

Persediaan mental dan emosi adalah penting dalam apa jua perkara. Apabila anda cuba untuk menyusukan anak anda buat pertama kalinya, ia memerlukan kesabaran dan pelbagai langkah untuk dipelajari demi anak anda dan diri sendiri.

Salah satu cara permulaannya adalah dengan mengajar diri anda untuk berehat; badan anda sudah mempunyai segala-galanya yang diperlukan untuk menyusu anak anda. Beritahu diri bahawa proses penyusuan bukannya dalam sekelip mata dan jangan salahkan diri sendiri jika ia tidak berlaku serta-merta. Ini berkaitan dengan langkah seterusnya; bersabar. Menghasilkan susu memerlukan  masa, sama seperti anak anda yang belajar untuk melekap. Anda tidak membantu jika sering berasa bimbang dan tertekan. Cari tempat yang tenang tanpa sebarang gangguan. Tarik nafas panjang dan dengar muzik yang tenang untuk ketenteraman diri anda. Apa yang lebih penting, berikan proses sedikit masa. Beritahu diri anda bukan semua pengalaman penyusuan ibu adalah sama.


3. Memahami puting anda

Tidak semua puting adalah sama. Anda mungkin mempunyai puting rata atau terbalik. Dalam kebanyakan kes, ia bukanlah satu isu. Lagipun, apa yang anda cuba lakukan adalah menyusu Si Manja anda dengan payudara, bukan hanya dengan puting anda. Namun, jika Si Manja anda tidak boleh melekap, terdapat beberapa perkara yang anda boleh cuba. Pertama, anda boleh cuba menggunakan pam payudara untuk menarik keluar puting anda. Anda juga boleh memakai kulit payudara, di mana ia menekan payudara anda untuk menolak keluar puting anda. Jika anda masih lagi tidak boleh melakukannya, berjumpalah dengan pakar laktasi atau pakar kesihatan anda.


4. Elakkan makanan yang tidak elok

Diet penyusuan anda perlu seimbang dan menngandungi banyak kalsium. Ambil produk tenusu seperti susu atau yogurt. Jelas sekali, anda perlu mengelakkan kafein dan alkohol, kerana ia boleh masuk ke dalam susu anda. Si Manja yang mabuk adalah tidak sihat. Jika anda memerlukan sebarang ubat, berbincanglah dengan pakar kesihatan anda mengenainya.

Seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia, susu ibu merupakan salah satu sumber nutrien semula jadi yang terbaik untuk Si Manja anda. Kajian juga menunjukkan penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu seperti obesiti atau diabetes. Namun, jika anda menghadapi cabaran untuk menghasilkan susu ibu, janganlah salahkan diri. Dapatkanlah nasihat daripada pakar kesihatan atau pakar laktasi anda.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.