Feed icon
Artikel

3 Sebab Untuk Bermain Dengan Si Manja

Zaman kanak-kanak adalah masa yang terbaik untuk membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan perkembangan Si Manja.

3 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Feb 19, 2021

Zaman kanak-kanak adalah masa yang terbaik untuk membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan perkembangan Si Manja. Ia juga merupakan masa yang terbaik untuk memulakan proses pembelajaran Si Manja. Pada masa ini, anda mungkin berimpian untuk menghantar Si Manja ke sebanyak kelas pembelajaran yang mungkin. Walaupun ia bagus untuk memastikan Si Manja mendapat pendidikan yang terbaik, namun masa bermain Si Manja juga perlu dititik beratkan. Berikut adalah beberapa sebab mengapakah waktu bermain dengan Si Manja adalah penting.

1.    Ia mengurangkan tekanan
Aktiviti-aktiviti seharian boleh memberikan tekanan kepada kita. Sebagai ibu bapa, anda patut memahami perasaan yang diakibatkan oleh tekanan. Walaupun Si Manja kelihatan ceria dan tanpa tekanan, namun Si Manja juga boleh merasai tekanan jika terlibat dalam terlalu banyak aktiviti, atau terdedah kepada emosi yang kuat di dalam rumah. Contohnya, perselisihan faham antara anda dan pasangan boleh memberi tekanan kepada Si Manja. Salah satu cara untuk menghilangkan tekanan ialah waktu bermainnya. Apabila Si Manja menumpukan perhatiannya pada sesuatu yang membawa kegembiraan, ia akan membantu mengurangkan tekanan Si Manja.

2.    Membina Asas untuk Proses Pembelajaran
Bermain dengan Si Manja tidak semestinya tanpa tujuan. Contohnya, permainan menyusun bongkah boleh mendorongkan kreativiti Si Manja. Bongkah boleh digunakan untuk belajar matematik. Permainan menamakan objek boleh menjadi permainan yang menarik untuk Si Manja. Permainan tangkap bola boleh membantu Si Manja menyelaraskan pergerakan tangan dan mata. Kesimpulannya, bermain adalah salah satu cara untuk anda membantu Si Manja belajar. Ia juga membantu Si Manja melihat proses pembelajarannya sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

3.    Membina Badan yang Sihat
Waktu bermain juga boleh digunakan untuk aktiviti fizikal dan senaman. Di taman, terdapat pelbagai cara untuk Si Manja bersenam di samping menikmati waktu bermain mereka. Memanjat di sekitar taman permainan boleh membantu Si Manja untuk bersenam dan membina badan yang sihat. Berlari di sekitar taman pula boleh membantu menaikkan stamina Si Manja. Ia juga merupakan satu peluang untuk Si Manja bermain dengan kanak-kanak yang lain. Apabila Si Manja berkongsi mainannya bersama kanak-kanak lain, dia dapat memupuk nilai-nilai yang baik.

Jika anda tidak tahu bagaimana untuk bermula, terdapat banyak artikel dan sumber di internet yang menerangkan cara untuk anda bermain dengan Si Manja. Setelah mengetahui kebaikan-kebaikan waktu bermain, rancanglah masa untuk bermain dengan Si Manja! Anda dapat membantu tumbesaran Si Manja dan juga membina hubungan yang erat dengan Si Manja.

Walaubagaimanapun, makanan yang sihat juga diperlukan oleh Si Manja. Rancang diet yang sihat untuk Si Manja dan sediakan makanan dengan menggunakan setiap kumpulan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan daging. Anda juga boleh memberi Si Manja LACTOKID™ 1-3. Ia merupakan sejenis susu tepung yang dirumus khas untuk Si Manja yang berumur 1-3 tahun. Ia mengandungi GROW PLUS dengan nutrisi-nutrisi penting serta DHA untuk menyokong tumbesaran Si Manja!

Membesarkan kanak-kanak mempunyai susah senangnya. Sebagai ibu, anda perlu menghargai masa yang anda luangkan bersama Si Manja. Dan ingat, Si Manja yang ceria membesar dengan lebih hebat!

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.