3 Langkah Mudah untuk Rehat dan Pulih Selepas Bersalin
Anda telah melalui proses kelahiran yang amat sukar, kini tiba masanya fokus pada pemulihan badan anda. Pemulihan selepas bersalin adalah penting kerana bersalin agak memberikan tekanan pada badan. Berikut adalah bagaimana anda boleh menyokong badan anda dengan rehat dan pemulihan yang mudah.
1. Dapatkan rehat yang anda perlukan
Ia adalah perkara biasa untuk berasa benar-benar letih selepas melahirkan anak, walaupun setelah beberapa minggu. Lagipun, anda telah mengandung selama 9 bulan dan masih lagi dalam pemulihan selepas bersalin. Pada masa yang sama, bayi anda telahpun meminta segala perhatian yang dia mahukan; sama ada menukar lampin, makanan atau mendodoi mereka sehingga tidur.
Jadi semua tekanan ketika menjaga anak anda sebelum pulih akan membuatkan anda rasa letih. Apabila letih, tidurlah sekejap. Jika anda perlukan bantuan untuk kerja rumah ataupun menjaga anak, minta tolong daripada pasangan atau ibu bapa anda sementara anda perlu berehat sebentar.
2. Nutrien yang tepat untuk pemulihan badan
Semasa anda beransur pulih selepas bersalin, tubuh anda memerlukan semua nutrien yang secukupnya. Anda memerlukan tenaga yang cukup untuk menjalani aktiviti seharian.
Protein adalah baik untuk pemulihan dan karbohidrat kompleks adalah pencetus tenaga yang anda perlukan. Jangan lupa kalsium, kerana kepadatan tulang badan anda mungkin telah berkurangan selepas bersalin. Anda juga memerlukan zat besi kerana anda mungkin akan kehilangannya daripada lelehan faraj.
Ingat untuk makan hidangan kecil sepanjang hari agar anda tidak lapar. Anda memerlukan tenaga dan nutrien untuk pulih selepas bersalin.
3. Lakukannya secara perlahan-lahan
Anda mungkin rasa anda sedang beransur pulih dengan cepat selepas bersalin, tapi anda perlu lakukannya dengan perlahan-lahan. Elakkan angkat benda atau buat kerja rumah yang berat. Pasangan anda boleh bantu; beritahu suami anda betapa gagahnya dia ketika melakukan kerja. Mungkin ia hanyalah kata-kata tapi sekurang-kurangnya dia akan gembira melakukan kerja rumah.
Hadkan perjalanan anda di tangga dan elakkan senaman yang berat. Berlari, lompat bintang dan juga senaman mengempiskan adalah tidak dibenarkan buat masa sekarang. Badan anda sedang pulih selepas bersalin dan anda tidak mahu tempoh pemulihan jadi lebih lama.
Janganlah risau, anda masih lagi boleh melakukan beberapa senaman mudah seperti pusingan pelvik atau senaman kegel. Ia memberikan anda banyak manfaat secara keseluruhan dan senang untuk dilakukan. Baca tentangnya di sini.
Kesimpulannya, pemulihan selepas bersalin adalah penting untuk anda. Bersabarlah dan lakukannya secara perlahan-lahan, rehat dan pulih mengikut rentak anda sendiri.
Sertai
Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!
Hanya Untuk Anda
Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.
Tip & Nasihat
Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.
Sampel percuma
Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!
Aplikasi
Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.
Bukan apa yang anda cari?
Cubalah enjin carian pintar baru kami.